Wednesday, 22 January 2014

Hai Hai 2014..Tata 2013 Versi Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim..

Eh ada versi pulak..sebabnya pada penghujung tahun 2013 sempat lagi kami sekeluarga bercuti 3hari 2malam ke Langkawi..lepas tu ke Penang..huhu maraton terus kaw. Dah la naik kereta, yang drive suami aku sorang.Terima kasih sayang sebab bawak g Langkawi sempena my birthday.Bukan honeymoon tau tapi familymooooooooooooon..atok haji dan nek hajah pun ikut sekali.yeayyy:):)

Plan pun terfikir seminggu sebelum pergi.Musim cuti sekolah pulak tu makanya kebanyakan tempat penginapan yang diidam seperti resort tu penuh.Resort yang syoknya tepi pantai. Tapi aku tak kisah..guest house pun boleh.


Lagipun bukan nak lepak2 kat pantai sangat sebabnya aku dah survey aktiviti yang akan kami lakukan semasa di Langkawi tu. Antaranya Island Hopping(naik bot pergi Pulau Beras Basah+Pulau Singa Besar+Pulau Dayang Bunting) dan Cable Car Langkawi.

Hari pertama Hari Ahad,kami bertolak pukul 7pagi dari Kuala Lumpur sampai Jeti Kuala Perlis pukul 2petang.Ada berhenti rehat dan makan kat Tapah. Anggaran duit minyak kete myvi dan tol = RM120 pergi sahaja ok. Kat Jeti Kuala Perlis..ingat nak cari parking RM8-10 sehari tapi dapat parking kereta berbumbung RM15 sehari sebab musim cuti sekolah tapi orang Langkawi ni baik tau boleh diskaun ikut budi bahasa sebab parking dah petang dan akan ambil semula kete pagi2 masa nak balik nanti. Beli tiket naik feri RM18seorang pergi sahaja. Booking tiket Island Hopping RM35seorang.Dari jeti Kuala Perlis ke Jeti Pekan Kuah anggaran 1jam. Dah sampai Jeti Pekan Kuah,Pulau Langkawi excited jap. Ambil kereta sewa viva RM70sehari (musim cuti sekolah) tapi minta diskaun dengan alasan yang sama tadi. Pergi makan dan jalan2 kat Dataran Lang.Check in kat guest house ambil bilik 1 king+2 single bed RM228semalam.Malam bersiar-siar sekitar Pekan Kuah sambil beli coklat dan barang yang duti free.

Hari kedua,pukul 7pagi dah keluar sarapan dan bersantai kat Pantai Tengah sementara sebelum berkumpul di McD sebelah Underwater World Langkawi untuk Island Hopping pukul 9pagi.




Bila semua dah berkumpul setiap seorang akan dapat stiker macam aku pakai ni warna pink.
So group stiker pink ni akan naik bot sama2.



Memula g Pulau Beras Basah,aku just main air je tak mandi.


1jam lepas tu g tengok Burung Helang makan


Lepas tu g tengok Dayang Bunting. Baring je keje dia.hehe


Air kotak milo yang aku pegang tu ada kenangannya dengan Pulau Dayang Bunting:)



 Sampai kat Pulau Dayang Bunting ni kena berhati-hati sebab monyet agresif gak kalo nak makanan.Sebelum g Langkawi lagi aku dah ada baca  jangan tunjuk beg plastik kat sini nanti monyet nak rampas. Guna bagpack senang nak bawak dan sorok bekalan makanan.Yelah lama kaw Island Hopping ni dalam 4jam kena bawak bekalan sendiri.


Tapi itulah masa berjalan ke Tasik Dayang Bunting tu aku silap sebab simpan air kotak tu kat tepi bagpack. Dengan tak semena-mena,seekor monyet tu dah usha aku dari jauh,ikut belakang aku yang aku sendiri tak perasan tapi suami aku da mula perasan.Monyet tu bergayut kat bag sebab nak ambil air kotak tu.Aku terkesima jap tengok monyet ni pandai ambil sendiri air kotak tu tapi tak kacau aku pun lepas ambil air kotak tu dan terus pergi. Akhirnya aku sekeluarga tergelak...monyet..monyet..
 Kat tasik ni nak mandi pun boleh.


Dalam sejam kat situ dah boleh balik. Lunch kat Warung Mak Tam antara pukul2-3petang camtu.Terus pecut ke Gunung Mat Cincang untuk naik Cable Car Langkawi. Tiket RM30seorang tapi ada special Tiket1Malaysia kena tunjuk mykad jadilah rm15seorang. Dapat ambil pukul 4petang.Bezanya dengan Cable Car Genting Highland, yang ni jarak antara setiap cable car tu jauh2. Walaupun cuti sekolah nasib baik tak beratur panjang. Tapi dekat 1jam jugak la tunggu turn dari pintu masuk ke cable car. Darwish dah start mengamuk tak sabar nak naik so terpaksa la kami acah2 jap,main2 jap supaya dia tak bosan.Suami cerita kawan dia pernah pergi ambil tiket pukul 10pagi tapi dapat naik pukul 3petang sebab terlalu ramai orang kalo musim cuti2 ni.Apa2 pun rasa seriyaw dalam cable car tu kurang kot sebab dah banyak kali naik  so tak rasa macam pertama kali naik.



 Indahnya Ciptaan Allah.Depan yang aku lihat gunung-ganang,tepi pulak ada laut dan pantai.cewah:)


Dah udara pun sejuk perut pulak lapar.Kami order burger anggaran RM4 bergantung pada jenis nak benjo ke,ayam ke daging ke double daging ke,minum dengan milo panas. Atok haji ngan nek hajah order kopi ngan teh panas. Jangan risau sebab ada toilet kat situ kalo nak lepas hajat.hehehe.Kira2 pukul6 lebih kami turun dan balik ke guest house.Malam keluar dinner dan soping sikit kat sekitar Pekan Kuah.

Hari ketiga,dalam pukul 7pagi gak keluar sarapan tapi dah boleh terus check out sebab kebetulan ada staff masuk sekejap kat reception.Kalo ikutkan pukul 8 baru ada orang kat reception tu. Lepas sarapan pergi jeti Pekan Kuah,dapat tiket feri pukul 8.30pagi.Kunci kereta sewa tinggalkan dalam kereta nanti owner datang ambil. Memang kejap je kat Langkawi..tu namanya maraton dan terus ke Penang.
 
Oklah sambung lagi nanti versi Penang na.. Thanks. Daa

Tuesday, 21 January 2014

Hai Hai 2014..Tata 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih awal lagi kan 2014 ni..belum lambat rasanya nak sambung cerita pasal Berjaya Hills Bukit Tinggi tempoh hari. Bagi aku best tahap rindu gila jap sebab suka sangat dapat pegang haiwan jinak ni. Ada macam-macam seperti rusa,arnab dan kuda. Yang rusa selamba badak je duk lepak-lepak kat playground.

yang si hero jr tu sentuh pakai kaki jeee.huahuahua

sebelah taman rusa ada taman arnab:)

Tengok tu..rusa pun nak begambo jugak kan
Pergi sehari je pun tapi puas hati. 

Sekian..terima kasih. Daa