Friday, 2 August 2013

My sahur

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku suka waktu sahur.Eh, tak2 ngaku jelah yang aku ni suka makan sebenarnya.haha. Mestilah suka sebab tu antara waktu makan yang penting supaya dapat  mengekalkan tenaga di siang hari bila berpuasa nanti. Sekurang-kurangnya aku akan ambil air kosong dan makan kurma.

Gambar sekadar hiasan+Kurma badam

Sahur aku akan terasa tenang bila Darwish tengah tido atau masa dia tengah ada mood nak sahur sekali. Kalau tidak jadilah kelam kabut sahur aku sebab bila dia terjaga dan tak mahu bangun, nak minta pokpok/dodoi dan sebagainya. Syukur sangat ada ayahnya yang kadang dapat membantu tolong pujuk.Kadang2 tak jalan gak pujukan ayahnya tu sebab nak jugak uminya melayan karenah manjanya tu..

Last but not least,cewah speaking london la pulok.Padahal english aku kureng skit. Sebelum nak cuti ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Tak sabo nak raya kaw. Doa2 meriah je tau. Bak kata -kata dalam nyanyian Siti Nurhaliza tu..
Sebulan kita puasa, menahan lapar dahaga, tiba sudah Hari Raya yang mulia.
Bergembira seadanya, kunjungi jiran tetangga, semoga menjadi amalan selama-lamanya.
Pada yang telah tiada, kunjungilah pusaranya, berdoa pada Yang Esa setulusnya,
Tanda masih diingatan, sedikit tak dilupakan, di pagi hari yang mulia tetap dikenang.
Sekian..terima kasih. Daa
 
 

2 comments:

  1. sama la, klu sahur minum air kosong + kurma je, tu pun dah rsa ber'tenaga' heheh.

    selamat hari raya awk ;)

    ReplyDelete