Thursday, 18 July 2013

Balik Ayah

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini topik pagi kami suami isteri mengenai lucunya karenah anak. Suami balik kerja lambat semalam so aku tengok Darwish duk sebut ayah..ayah bila tahu ayahnya xde kat rumah.Makanya aku pun call lah suami supaya boleh cakap ngan anak. Apa yang aku ajar cakap..Darwish akan ikut. 

Umi: helo ayah 
Darwish: helo ayah 
Umi: balik ayah 
Darwish: balik ayah 
Umi: balik cepat ayah 
Darwish: blkcptayhntahxphm 

Dia pun ikut tapi keluar bahasa dia yang kami sendiri xfaham dan tergelak. Ok sila beri simple word je dulu tau.


omey angat.hehe

Bukan itu sahaja..bila aku berbual ngan Darwish tanya da makan ke belum, da minum ke belum, da mandi ke belum..semua jawapan dia bagi "dah" walhal dia pun xtahu dah ke belum..hohaha.

Sebelum aku nak mengakhiri entri ni, ada satu tips Rasulullah bila anak menangis..(berdasarkan hadis) 'Janganlah pukul anak yang menangis itu dalam masa umur setahun kerana empat bulan pertama itu adalah tanda anak itu sedang syahadah, empat bulan kedua tanda anak itu sedang selawat dan empat bulan ketiga tanda anak itu sedang mendoakan ibu bapanya'..

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment