Tuesday, 30 April 2013

Mom Retreat = Pakej Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku terbaca artikel ni kat sisipan Mega suratkhabar Utusan Malaysia m/s 8. Apa yang menarik perhatian aku Mom Retreat ni menyediakan perkhidmatan untuk wanita lepas bersalin samada kat rumah ataupun kat pusat pengjagaan yang disediakan di

No. 16 Jalan Permatang Pasir,
Off Jalan Telok gadong,
Batu 3 1/2, Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur.

Macam kat kampung tu..jururawat desa akan datang rumah untuk periksa keadaan ibu dan bayi semasa berpantang FOC. Kalau ni kena bayar ikut pakej yang kita nak dan boleh semak kat www.momretreathome.com. Sesuai untuk mereka yang sukar dapatkan pembantu semasa menjalani tempoh berpantang. Selalunya ibu atau ibu mentua yang akan membantu tapi kalau mereka pun ada yang tak sihat ke komitmen lain ke kan.

Contoh pakej asas, anggaran dalam 2-3jam perkhidmatan:

3 HARI
untuk ibu:
3 Mandian Akar&Herba
3 Terapi Inframerah
3 Urutan Berpantang
3 Urutan Payudara
3 Warm Compress Therapy/bertungku
3 Tummy Wrap Service/bengkung
untuk bayi:
3 Baby Bath and 3 Baby Massage(complimentary)
RM540
Khidmat daripada jururawat terlatih yang turut membantu anda dalam
General weight management guide
Monitoring blood pressure & heart rate
Nasihat penjagaan kebersihan
Panduan & sokongan penyusuan susu ibu
Nasihat penjagaan jaundis
Monitoring the infant growth-weight & length

*harga bergantung pada lokasi, cas pengangkutan
* disediakan sekali minyak urutan,red therapy light,skrub badan,warm compress ball untuk ibu dan bayi
*cuma perlu sediakan bengkung dan set produk lepas bersalin

Tapi kalau rasa nak stay je kat pusat penjagaan tu pun ok jugak kot sebab ada free basic laundry service tau. Bagi yang mampu apa salahnya.

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment