Tuesday, 30 April 2013

Mom Retreat = Pakej Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku terbaca artikel ni kat sisipan Mega suratkhabar Utusan Malaysia m/s 8. Apa yang menarik perhatian aku Mom Retreat ni menyediakan perkhidmatan untuk wanita lepas bersalin samada kat rumah ataupun kat pusat pengjagaan yang disediakan di

No. 16 Jalan Permatang Pasir,
Off Jalan Telok gadong,
Batu 3 1/2, Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur.

Macam kat kampung tu..jururawat desa akan datang rumah untuk periksa keadaan ibu dan bayi semasa berpantang FOC. Kalau ni kena bayar ikut pakej yang kita nak dan boleh semak kat www.momretreathome.com. Sesuai untuk mereka yang sukar dapatkan pembantu semasa menjalani tempoh berpantang. Selalunya ibu atau ibu mentua yang akan membantu tapi kalau mereka pun ada yang tak sihat ke komitmen lain ke kan.

Contoh pakej asas, anggaran dalam 2-3jam perkhidmatan:

3 HARI
untuk ibu:
3 Mandian Akar&Herba
3 Terapi Inframerah
3 Urutan Berpantang
3 Urutan Payudara
3 Warm Compress Therapy/bertungku
3 Tummy Wrap Service/bengkung
untuk bayi:
3 Baby Bath and 3 Baby Massage(complimentary)
RM540
Khidmat daripada jururawat terlatih yang turut membantu anda dalam
General weight management guide
Monitoring blood pressure & heart rate
Nasihat penjagaan kebersihan
Panduan & sokongan penyusuan susu ibu
Nasihat penjagaan jaundis
Monitoring the infant growth-weight & length

*harga bergantung pada lokasi, cas pengangkutan
* disediakan sekali minyak urutan,red therapy light,skrub badan,warm compress ball untuk ibu dan bayi
*cuma perlu sediakan bengkung dan set produk lepas bersalin

Tapi kalau rasa nak stay je kat pusat penjagaan tu pun ok jugak kot sebab ada free basic laundry service tau. Bagi yang mampu apa salahnya.

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 22 April 2013

Happy dapat jumpa IDA&IENA MANSOR, YUYU ZULAIKHA DAN NURUL AIN

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam pergi singgah booth Choice by Ida Mansor kat Wangsa Maju. Ingat nak cuci mata pilih mana yang berkenan dihati..sambil tu boleh jumpa Ida&Iena, tak lupa jugak Yuyu sebab tahu dia pun ada buka booth.yeay jumpa secara berjemaah terus. Pastu tak sangka Nurul Ain pun ada kat situ..yeay lagi sekali. Bukan senang nak jumpa owner2 butik online ni secara live+berjemaah tau..cewahh. Yang penting lagi sekali masa tu ada sale+free gift..bertambahlah happy. Lagi2 happy boleh jalan2 hari minggu bersama anak dan suami.

Sebenarnya banyak lagi booth yang ada buka kat situ. Tapi hanya dapat singgah sekejap je kerana agenda seterusnya pastinya untuk anak dan suami. So, adilkan.hehe yela tu. Pilih punya pilih (sebab semua sebenarnya berkenan tapi tak boleh tamak ok) akhirnya ambil printed shawl yang ini.


Dah siap2 bayar mestilah nak bergambar kenangan..piece yo ngan Ida.


Tak dapat bergambar ngan Iena so letak jelah gamba Ida lg sekali.


Cepat2 bergambar ngan Yuyu pulak..


Masih sempat bergambar ngan Nurul Ain&Irdina..


Oh masa tak mengizinkan untuk lama kat situ. Kaki dah melangkah pergi ni tapi hati berkata nantilah dulu..hahaha. Ok stop..macamlah tak boleh shopping online kan.

Sekian..terima kasih. Daa





Friday, 5 April 2013

Doa lepas baca Al-Quran dan maksudnya

Bismillahirrahmanirrahim..

Maksud doa ini ' Allahummarhamna bil Quran ' yang kita baca selalu dan ada di bahagian 

belakang mus'haf Al-Quran.

Allahummarhamna bil Quran-


Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran

Waj'al hu lana

Dan jadikanlah ia (Al-Quran)

Imama- Pemimpin,

wa nuur - cahaya,

wa huda - petunjuk

wa rahmah - rahmat bagi kami.

Allah humma dzakkirna, min huma nasina,

Allah, ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya

Wa 'allimna min huma jahilna,

Dan berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya

Warzuqna tilawatahu

Dan anugerahkanlah kepada kami keupayaan untuk membacanya

Aana al-laili wa atrofan nahar

Pada waktu malam dan penghujung siang.

Waj'al hu lana hujjatan

Dan jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami

Ya Robbal 'alamin

Wahai tuhan seru sekalian alam.

 Ni hadiah untuk Darwish masa 1st birthday dia.

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 4 April 2013

Kuala Terengganu, Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim..

Bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air. Samalah macam cerita aku ni hah dah alang-alang sampai Terengganu ke kenduri kahwin membe..lepas majlis cepat-cepat cabut pergi ke KT. 


kat Pantai Batu Buruk


 sempat lagi main layang-layang

masa ni goodboy takut ombak.huhu

cuba nasib check in sini.syukur ada 1 kosong.tempat lain dah tampal full house.

deretan kedai makan depan resort

tengoklah dah ramai yang check in

BBBR Mini Mart

 ada WiFi..ingat nak update blog tapi sibuk berjalan.haha

tu surau dekat kolam renang

lepak jap kat sini(tepi kolam) lepas tu g Dataran Shahbandar.

Kebetulan masa tu ada Festival Thai..memang meriah. Untuk pengetahuan korang tahun ni adalah Tahun Melawat Terengganu. Saya sudah..anda bila lagi?cewah

Sekian..terima kasih. Daa


Wednesday, 3 April 2013

Dungun, Terengganu Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Alamak..cerita dah berzaman baru nak update.Hahaha.Sebab dah janji kat entri SINI nak sambung cerita masa kat Terengganu ni haruslah gagahkan juga tambahan pula dah dapat gambar untuk korang cuci-cuci mata nanti :)

Ini gambar sekitar majlis persandingan mereka (Azizi dan Nor)..Posing dulu kat homestay sebelum berarak.





Dah tu je :)