Thursday, 7 March 2013

Bila Demam Panas..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memang rasa risau sangat sebab bila anak demam kena pantau suhu dan ofkos lah anak kita tu nak manja lebih. Kalau demam biasa suhu 37 atau 38 darjah celcius boleh tuam-tuam kain basah dah cepat baik dan/atau bagi makan ubat demam sehari suhu dah back to normal. 

Aku cek suhu guna LB digital thermometer ni. Beli kat Jusco kalau xsilap,rm 14.90. Ataupun beli online je ke kat http://childhoodbasic.com.my

Masalahnya..dah masuk hari kedua dah bagi makan ubat pun panas demam tak turun-turun.Cek suhu dah mencecah 39++ darjah celcius. Nak taknak kena bagi ubat masuk buntot yang doktor pernah bekalkan untuk kami sebelum ni. Darwish memang pernah kena macam ni pastu kelam kabut g klinik sebab tengok suhu naik tinggi, terus doktor bagi ubat buntot dan suruh simpan spare kat rumah. Tetapi ubat buntot ni hanya boleh guna bila betul-betul perlu je tau terutama demam panas.

Lepas sejam bagi ubat buntot..demam pun kurang.

Terima kasih kat doktor tu jugak siap ajar kami macam mana nak masukkan ubat tu kat buntot anak. Memang bagus kalau tahu sebab tak de lah panik nak cari klinik yang buka tengahmalam. Tak pun terpaksa tunggu esok. Azab sikitlah malam tu confirm ibu-ibu tak boleh tido fikirkan anak yang demam semakin panas.Bahaya bila demam panas suhu tinggi anak boleh kena tarik sawan macam kejang dan tak sedar diri. Kalau demam dah lebih 3hari pun kena bawa jumpa doktor lagi.

Alhamdulillah dah sihat sekarang!

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment