Tuesday, 19 March 2013

Parents Kids & Baby Expo (22-24 Mar '13)

Bismillahirrahmanirrahim..



Rupanya ada juga baby expo selain yang kat Midvalley tu. k daa tu je nak gtau.

Monday, 18 March 2013

5th Maternity & Children Expo(5-7 APR '13)

Bismillahirrahmanirrahim..



Inilah masanya nak beli barang keperluan baby yang cantik-cantik, yang diidam-idamkan dengan harga istimewa atau dengan kata lain harga murah..Selalunya kalo pergi awal-awal bolehlah dapat goodies bags tu atau free gift. Disebabkan aku dok kat KL so aku promote lah skit event ni yang cuma sekangkang kera je dengan tempat tinggal aku. Kalau terjumpa tu..tegur2lah ek.

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 11 March 2013

Psstt..felinna inchloss lotion RM55..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini bukan cobaan..ini betul-betul. Rakan blogger aku ni, Niera baik hati nak bagi harga istimewa ni. Cepat-cepat sebelum habis stok.. nanti nangis(tetiba). Yang pasti original ok. Jom klik felinna inchoss lotion RM55 by blog Aisyahhumaira.com untuk beli ke, nak tengok-tengok ke betul ke idak ye tak. Nanti korang akan tahu kenapa perlu gunakannya, khasiat dan cara nak guna.

Produk yang terbukti berkesan untuk memecahkan lemak dalam badan dan membantu ke arah bentuk badan yang lebih langsing.Cayalah..

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 7 March 2013

Bila Demam Panas..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memang rasa risau sangat sebab bila anak demam kena pantau suhu dan ofkos lah anak kita tu nak manja lebih. Kalau demam biasa suhu 37 atau 38 darjah celcius boleh tuam-tuam kain basah dah cepat baik dan/atau bagi makan ubat demam sehari suhu dah back to normal. 

Aku cek suhu guna LB digital thermometer ni. Beli kat Jusco kalau xsilap,rm 14.90. Ataupun beli online je ke kat http://childhoodbasic.com.my

Masalahnya..dah masuk hari kedua dah bagi makan ubat pun panas demam tak turun-turun.Cek suhu dah mencecah 39++ darjah celcius. Nak taknak kena bagi ubat masuk buntot yang doktor pernah bekalkan untuk kami sebelum ni. Darwish memang pernah kena macam ni pastu kelam kabut g klinik sebab tengok suhu naik tinggi, terus doktor bagi ubat buntot dan suruh simpan spare kat rumah. Tetapi ubat buntot ni hanya boleh guna bila betul-betul perlu je tau terutama demam panas.

Lepas sejam bagi ubat buntot..demam pun kurang.

Terima kasih kat doktor tu jugak siap ajar kami macam mana nak masukkan ubat tu kat buntot anak. Memang bagus kalau tahu sebab tak de lah panik nak cari klinik yang buka tengahmalam. Tak pun terpaksa tunggu esok. Azab sikitlah malam tu confirm ibu-ibu tak boleh tido fikirkan anak yang demam semakin panas.Bahaya bila demam panas suhu tinggi anak boleh kena tarik sawan macam kejang dan tak sedar diri. Kalau demam dah lebih 3hari pun kena bawa jumpa doktor lagi.

Alhamdulillah dah sihat sekarang!

Sekian..terima kasih. Daa