Monday, 25 February 2013

Hari Keputeraan Muhammad Darwish

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehem-ehem..macam best je bunyi hari keputeraan kan.hehe. Ok, bulan ni adalah bulan kelahiran Darwish..yeay umur anak umi dah bertambah..Alhamdulillah. Kalau ikut kalendar Hijrah umur dia dah genap dah 2 tahun++. Kalau ikut kalendar Masihi belum lagi.. tunggu hujung bulan nanti.hehehe. Hadiah? Hmm..dah macam-macam dah dia dapat.. set bukunya lah ,baju barunya lah dan sekarang ni.. mulut dia dah banyak potpetpotpet. Kalau dulu dengar dia sebut apapun tak faham. Sekarang dia dah mula pandai sebut perkataan yang bermakna. contohnya nenek,umi(kalau dulu sebut ma je pandailah),opah,atuk(pengaruh upin ipin tu)

Jadi,bila umur dah 2 tahun ni,makan pun dah boleh sama macam kita ni hah. Aku pun takde idea jenis2 makanan yang lebih sesuai dan tetiba nampak link ni kat web Pa&Ma. Ringkasannya macam nilah..

Makan pagi bolehlah pelbagaikan ambil telur hancur bersama roti bakar ke pau kacang ke nasi goreng dengan telur ke..tapi susu atau minuman bermalt perlulah sentiasa diberikan sebagai makan pagi.

Makan tengah hari atau malam boleh ambil nasi goreng juga, atau mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayu-sayuran, atau sandwic daging dan sayur-sayuran.

Selain itu, makanan lain yang mesra kanak-kanak seperti kurma ayam, ikan masak pindang, nasi ayam dengan salad, bebola ikang digoreng ringkas dengan sayur-sayuran, atau tofu/kentang masak masam manis..

Macam mana, dalam dilema lagi ke nak masak apa untuk anak-anak?

Untuk Darwish..Daripada Umi&Ayah "We love you so much..muah3"
*ni gambar dari lahir sehingga yang terbaru;)

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment