Saturday, 16 February 2013

Dungun, Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah cuti sempena Tahun Baru Cina yang lepas, aku sekeluarga dapat ambil cuti yang panjang sikit pergi ke Dungun sebab ada majlis kenduri kawen. Tahniah aku ucapkan kepada saudara Azizi dan pasangannya Noraini telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tu..pewit. 

 Suami aku betul2 interframe sebelah pengantin lelaki tu..

 Semoga diberkati, doaku untukmu Nor..amin


Agak teruja jugak nak ke Terengganu..nanananana Ganu Kita (wah sampai gitu skali) sebab ni kali kedua sebenarnya ke Ganu. Dulu pergi semasa masih bersekolah tapi cuma ke Kemaman dan Pantai Kemasik yang pantainya curam+batu besar punya.

Perjalananku bukan terus dari KL ke Ganu tapi balik kampung suami dulu(Jerantut bagi sesiapa yang tak tahu lagi atau yang dah terlupa kot.hehe) rehat sehari. Selepas itu baru bertolak bersama rombongan pengantin lelaki merangkap rakan sekampung suamiku jugak.


Kawan rapat lah katakan=)

Hari Jumaat petang dah bergerak ke Ganu. Sampai kat sana kami menginap di Homestay Felda Kerteh 4, rumah banglo 1 tingkat, ada 3bilik dan lengkap semuanya ada (sofa,tv,katil dll). Malam tu ada majlis nikah kat masjid dan dijamu Nasi Dagang Orang Felda kat rumah pengantin perempuan. Sedap sampai licin..hehe

Sampai sini je kot..nanti sambung semula..

Sekian..terima kasih. Daa

2 comments:

  1. suka tegok pengantin. simple jeee. takde nak vok de vassss =)

    ReplyDelete
  2. ikut kemampuan org kata..heee

    ReplyDelete