Monday, 25 February 2013

Hari Keputeraan Muhammad Darwish

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehem-ehem..macam best je bunyi hari keputeraan kan.hehe. Ok, bulan ni adalah bulan kelahiran Darwish..yeay umur anak umi dah bertambah..Alhamdulillah. Kalau ikut kalendar Hijrah umur dia dah genap dah 2 tahun++. Kalau ikut kalendar Masihi belum lagi.. tunggu hujung bulan nanti.hehehe. Hadiah? Hmm..dah macam-macam dah dia dapat.. set bukunya lah ,baju barunya lah dan sekarang ni.. mulut dia dah banyak potpetpotpet. Kalau dulu dengar dia sebut apapun tak faham. Sekarang dia dah mula pandai sebut perkataan yang bermakna. contohnya nenek,umi(kalau dulu sebut ma je pandailah),opah,atuk(pengaruh upin ipin tu)

Jadi,bila umur dah 2 tahun ni,makan pun dah boleh sama macam kita ni hah. Aku pun takde idea jenis2 makanan yang lebih sesuai dan tetiba nampak link ni kat web Pa&Ma. Ringkasannya macam nilah..

Makan pagi bolehlah pelbagaikan ambil telur hancur bersama roti bakar ke pau kacang ke nasi goreng dengan telur ke..tapi susu atau minuman bermalt perlulah sentiasa diberikan sebagai makan pagi.

Makan tengah hari atau malam boleh ambil nasi goreng juga, atau mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayu-sayuran, atau sandwic daging dan sayur-sayuran.

Selain itu, makanan lain yang mesra kanak-kanak seperti kurma ayam, ikan masak pindang, nasi ayam dengan salad, bebola ikang digoreng ringkas dengan sayur-sayuran, atau tofu/kentang masak masam manis..

Macam mana, dalam dilema lagi ke nak masak apa untuk anak-anak?

Untuk Darwish..Daripada Umi&Ayah "We love you so much..muah3"
*ni gambar dari lahir sehingga yang terbaru;)

Sekian..terima kasih. Daa

Saturday, 16 February 2013

Dungun, Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah cuti sempena Tahun Baru Cina yang lepas, aku sekeluarga dapat ambil cuti yang panjang sikit pergi ke Dungun sebab ada majlis kenduri kawen. Tahniah aku ucapkan kepada saudara Azizi dan pasangannya Noraini telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tu..pewit. 

 Suami aku betul2 interframe sebelah pengantin lelaki tu..

 Semoga diberkati, doaku untukmu Nor..amin


Agak teruja jugak nak ke Terengganu..nanananana Ganu Kita (wah sampai gitu skali) sebab ni kali kedua sebenarnya ke Ganu. Dulu pergi semasa masih bersekolah tapi cuma ke Kemaman dan Pantai Kemasik yang pantainya curam+batu besar punya.

Perjalananku bukan terus dari KL ke Ganu tapi balik kampung suami dulu(Jerantut bagi sesiapa yang tak tahu lagi atau yang dah terlupa kot.hehe) rehat sehari. Selepas itu baru bertolak bersama rombongan pengantin lelaki merangkap rakan sekampung suamiku jugak.


Kawan rapat lah katakan=)

Hari Jumaat petang dah bergerak ke Ganu. Sampai kat sana kami menginap di Homestay Felda Kerteh 4, rumah banglo 1 tingkat, ada 3bilik dan lengkap semuanya ada (sofa,tv,katil dll). Malam tu ada majlis nikah kat masjid dan dijamu Nasi Dagang Orang Felda kat rumah pengantin perempuan. Sedap sampai licin..hehe

Sampai sini je kot..nanti sambung semula..

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 15 February 2013

Ketika Azan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah SAW bersabda "sebarkan walaupun sepotong daripada ayatku"

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat dan jangan bercakap ketika azan, nanti kita tak dapat mengucap ketika hendak meninggal dunia.

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 14 February 2013

Nak valuable goodies Part 2-CEPAT, hanya pada bulan FEB je!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ok sepanjang bulan 2 ni sape dah pergi naik bot dan pony ride PERCUMA kat Tasik Titiwangsa tu? tak percaya percuma tengok SINI. kan? Bukan itu je..hari Sabtu ni bersamaan 16 Februari 2013 di Dataran Merdeka ada pelbagai aktiviti menarik antara yang aku berkenan ialah aktiviti kanak-kanak. Bermula jam 10pagi hingga 7ptg. Minggu ni tau. Kalo free jomlah..



Sekian..terima kasih. Daa