Wednesday, 23 January 2013

Misi menyelamatkan anak terkurung di dalam bilik terkunci.

Bismillahirrahmanirrahim..


Ini cerita pengajaran..cewah seriusnya aku tapi memang pun ok.
Kes ni telah terjadi pada aku sendiri di mana anak aku tu, Darwish terkunci kat dalam bilik sendirian. Umur dia belum 2 tahun. Macam mana boleh terkunci?Kuncinya simpan mana? Orang kata sediakan payung sebelum hujan, ye aku memang dah jangka perkara bilik terkunci akan berlaku juga. Jadi aku memang dah prepare kunci tu setiap orang pegang satu sendiri dan yang spare aku simpan. 

Alkisahnya, anak kecil ni memang suka main tolak pintu kan..dan antara situasi yang pernah aku alami.

Kes 1
Apabila Darwish terkunci mula-mula kat bilik adik. Aku pun terfikir macam mana boleh terkunci? Siasat punya siasat rupanya pintu tu jenis tombol kunci tekan dari dalam dan kat dinding belakang pintu tu ada getah penahan pintu sama paras dengan tombol yang mana boleh menyebabkan tombol tertekan jika pintu ditolak kuat sampai ke dinding. Jadi ambil kunci kat adik dan buka. Nampak macam mudah kan. 

Kes 2
Tetapi macam mana kalau sebaliknya, adik aku ni jenis tak kunci bilik dan kuncinya pulak simpan kat dalam bilik..tak ke haru dibuatnya. Nasib baik aku pegang kunci spare dan boleh buka. Sejak tu kunci bilik adik simpan kat luar, ada tempat khas yang disediakan. 

Kes 3
Lagi satu, bila dah guna kunci yang betul tapi masih tak boleh buka..apa kes? Kena pulak kat bilik sendiri. Masa itu aku tengah sediakan air minum untuk makan malam. Husband tengah makan. Darwish main-main tutup pintu kat bilik dan terkunci. Yang ni ambil masa lama sikit nak buka dan Darwish kat dalam dah mula lebat nangisnya. Aku pun pujuk dari luar cakap kat Darwish tunggu ek umi nak buka ni(dalam hati dah mula tak keruan), betul ke ni kuncinya. Macam mana kalau bukan..cuba kat pintu bilik-bilik lain tak padan. Sepatutnya betulla tu kunci bilik aku.Minta husband cuba buka pulak. Cuba punya cuba kena tarik pintu sikit baru boleh buka. Alhamdulillah.

Kes special
Selalunya gurau-gurau ngan Darwish kalau dia tertutup pintu kat bilik(tak terkunci) saja buat-buat lambat buka pintu kenakan dia..hehe

Itu sahaja..sekian terima kasih. Daa 


4 comments:

  1. bahaya tau kes2 anak2 kecil terkunci ni... berderau darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu leeza,kena sentiasa berhati-hati.

      Delete
  2. aduhai..ngeri pula rasa bila dgr kes terkunci mcm ni..sebabnya umh sy tu pun, kt pintu bilik sy, tombolnya dah rosak..kalau nak buka dari luar kena guna kunci..pernah la saja2 cabut kunci bawak masuk bilik..sekali pintu tertutup, kunci kat dalam..nasib la ada tingkap blik ggah kan juga la nak cpai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimie,kalau tak boleh jugak terpaksalah pecahkan pintu tu kan..

      Delete