Wednesday, 30 January 2013

Nak valuable goodies?

Bismillahirrahmanirrahim..

Nah ini dia..


Alamak..kecik sangat tulisan nak baca. Takpe boleh  tengok sini untuk lebih jelas atau klik http://www.kwpkb.gov.my

Siapa yang da plan minggu ni nak pergi karnival karangkraf kat Shah Alam boleh teruskan tapi yang masih fikir-fikir lalalalala..apa kata tengok apa yang aku highlight kan valuable goodies kat sini..

PERCUMA menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa SEPANGJANG BULAN FEBRUARI 2013.yabedabetulll..

PERCUMA LAGI penggunaan tandas awam DBKL sepangjang bulan Februari jugak. Sape minta bayar memang nak kena.hahaha

Bayaran masuk ke Aquaria KLCC dengan hanya RM99 promosi pakej keluarga - 2 dewasa & 2 kanak-kanak (pemegang MyKad sahaja ok)

Ini yang aku highlight sahaja, yang sebenarnya ada banyak lagi, kat Putrajaya dan Labuan pun ada.

Till then. Daa

Wednesday, 23 January 2013

Misi menyelamatkan anak terkurung di dalam bilik terkunci.

Bismillahirrahmanirrahim..


Ini cerita pengajaran..cewah seriusnya aku tapi memang pun ok.
Kes ni telah terjadi pada aku sendiri di mana anak aku tu, Darwish terkunci kat dalam bilik sendirian. Umur dia belum 2 tahun. Macam mana boleh terkunci?Kuncinya simpan mana? Orang kata sediakan payung sebelum hujan, ye aku memang dah jangka perkara bilik terkunci akan berlaku juga. Jadi aku memang dah prepare kunci tu setiap orang pegang satu sendiri dan yang spare aku simpan. 

Alkisahnya, anak kecil ni memang suka main tolak pintu kan..dan antara situasi yang pernah aku alami.

Kes 1
Apabila Darwish terkunci mula-mula kat bilik adik. Aku pun terfikir macam mana boleh terkunci? Siasat punya siasat rupanya pintu tu jenis tombol kunci tekan dari dalam dan kat dinding belakang pintu tu ada getah penahan pintu sama paras dengan tombol yang mana boleh menyebabkan tombol tertekan jika pintu ditolak kuat sampai ke dinding. Jadi ambil kunci kat adik dan buka. Nampak macam mudah kan. 

Kes 2
Tetapi macam mana kalau sebaliknya, adik aku ni jenis tak kunci bilik dan kuncinya pulak simpan kat dalam bilik..tak ke haru dibuatnya. Nasib baik aku pegang kunci spare dan boleh buka. Sejak tu kunci bilik adik simpan kat luar, ada tempat khas yang disediakan. 

Kes 3
Lagi satu, bila dah guna kunci yang betul tapi masih tak boleh buka..apa kes? Kena pulak kat bilik sendiri. Masa itu aku tengah sediakan air minum untuk makan malam. Husband tengah makan. Darwish main-main tutup pintu kat bilik dan terkunci. Yang ni ambil masa lama sikit nak buka dan Darwish kat dalam dah mula lebat nangisnya. Aku pun pujuk dari luar cakap kat Darwish tunggu ek umi nak buka ni(dalam hati dah mula tak keruan), betul ke ni kuncinya. Macam mana kalau bukan..cuba kat pintu bilik-bilik lain tak padan. Sepatutnya betulla tu kunci bilik aku.Minta husband cuba buka pulak. Cuba punya cuba kena tarik pintu sikit baru boleh buka. Alhamdulillah.

Kes special
Selalunya gurau-gurau ngan Darwish kalau dia tertutup pintu kat bilik(tak terkunci) saja buat-buat lambat buka pintu kenakan dia..hehe

Itu sahaja..sekian terima kasih. Daa 


Monday, 21 January 2013

Karnival Karangkraf 1-3 Feb 2013

Bismillahirrahmanirrahim..



Jumpa di sana!
Pekarangan Kompleks
Kumpulan Media Karangkraf
No. 1, Jalan Renggam 15/5,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor

Sekian..terima kasih. Daa

Saturday, 12 January 2013

Cubalah Tajrii Spa

Bismillahirrahmanirrahim..

Wanita dan spa ni satu perkara yang tak boleh dipisahkan..betul tak? Siapa tak suka beb kena urut, buat rawatan kecantikan  dan sebagainya. Kalau tak buat sendiri kat rumah pasti ada yang pergi buat kat kedai. Aku pun bukanlah selalu pergi kedai spa, boleh kira dengan jarilah berapa kali dah pernah pergi. Itupun sebab ada promosi. Hah cerita pasal promosi..ni yang sibuk-sibuk nak bagitahu ni. Cer tengok ni



Siapa nak pergi kena call 0341072234 buat booking dulu atau sms 0192260677. Lokasinya di 349-A Lorong Sarawak, Melawati Urban 1, Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur. Waktu operasi 10pagi hingga 7petang, hari Selasa hingga Ahad. Maklumat lanjut boleh ke fb tajrii spa.

Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 9 January 2013

Saya Pun Nak Juga

Bismillahirrahmanirrahim..

Kenapa aku pun nak juga mekap by Iena Mansor and shoot by Ida Mansor?sebab.. Iena mekap memang cantik, aku suka sangat2. Manis dan lembut. Photoshoot yang Ida buat pun tak kurang hebatnya. Jelas dan fokus. Ya fokus..itu pendapat aku je. Kalau tak percaya tengok hasil daripada gadis kembar cantik ni kat aliltlebitofeverything.blogspot.com. Cantik kan? 

Apa yang lagi best Iena dan Ida dengan baik hatinya nak bagi servis percuma untuk projek diorang kali ni. Jadi, aku pun tak naklah ketinggalan untuk join selain dapat jumpa Iena dan Ida ok. Itupun kalau terpilih.huhuhu harap-harap bertuah=D


Ni gambar sebelum mekap..selepas mekap, tungguuu kalau terpilih.hehhehheh

Sekian..terima kasih. Daa