Monday, 23 December 2013

Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai korang..semalam suami aku bawa jalan-jalan pergi Berjaya Hills selepas kitorang balik dari kenduri kawen kawan. Sementara masih cuti sekolah ni..nak cadanglah kat korang supaya boleh listkan tempat ni sebagai tempat wajib bercuti tau..sebab apa..sebab aku rasa best dan memang puas hati kalo jalan-jalan atau cuci mata kat sini.Boleh gitu nak cuci mata.heee.Start kat colmar tropicale dulu pastu baru pergi animal park.

suruh tabik hormat tapi dia buat terbalik :)
tengok senibina kat sini
jinak.siap boleh bagi makan.
pandangan dari atas
tadi warna hitam..yang putih pun ada jugak
antara aktiviti sekitar.korang boleh survey harga

survey lagi.hehehe

lagi survey
peta keseluruhan.macam2 tempat boleh pergi.confirm tak boring
here u r!
so kitorang boleh tengok yang pukul 4ptg
tepat pukul 4ptg,antara stage performance yang ada.
sape suka nak potrait muka sendiri pun ada
games ni jugak yang dia excited
pergi animal park naik bas free.nak pergi sendiri pun boleh kalo dah tau jalan
nak masuk animal park kena rm3.tapi masa mula2 masuk main gate pun dah kena rm12
yang best boleh sentuh tu..jinak..ok nanti sambung entry ni lg

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 16 December 2013

Rutin Aku

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai korang! Jarang gila aku update blog. Maklumlah blog cuma nak isi masa lapang je. Sebabnya selain rutin kerja ofis hour, ada satu lagi rutin besar aku iaitu ..
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaa

Mak2 kat luar sana..betulkan.LOL

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 25 October 2013

Expo Family2 sangat

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama tak update blog..tup-tup update berita menarik..ok tak?Tapi repost dari Fb Pureen tau.Tq for the info Pureen.

Kindly be informed that #Pureen is not participating at Mom & Baby Expo at SACC, Shah Alam (25 - 27 October).

You may visit Pureen booth at these two expo in November:
1. International Baby Expo (http://www.ibex.com.my/)
Date: 15 - 17 November 2013
Venue: Hall 5, KLCC

2. 6th Maternity & Children Expo (http://www.tce.com.my/baby/)
Date: 22 - 24 November 2013
Venue: Hall 2, Mid Valley Exhibition Center

See you there!


Yang menariknya dah tahu dah  3 expo ni bila dan di mana kan. Siap bold lagi tu. Ok check em out!

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 5 September 2013

10 minute standing abs workout to lose belly fat.

Bismillahirrahmanirrahim..

Maklumlah..lepas raya ni mesti lemak banyak terkumpul kan?


Haha. Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 29 August 2013

Teknologi insta kaw

Bismillahirrahmanirrahim..

Teknologi sekarang semakin berkembang pesat. Antaranya aplikasi instagram yang baru aku terokai minggu lepas. Oh tidak..benda alah ni dah lama kot baru sekarang nak ada..nak bagitahu letu dah ada instagram.Boleh cari SABARTALIB ok.malu jap huahua.


Gamba ni aku tangkap guna phone samsung galaxy y

Lepastu aku upload kat insta dan tukar warna asal daripada normal ke nashville.

Macam bagus je kan(ayat zaman sekolah dolu2). Ah sudah aku pun da terjebak nak insta2 ni. Mana taknye,dulu aku tak amek kesah pun pasal benda ni. Lepas je tengok "eh ada gamba aku lah" kat insta kakak ipar melalui sepupu belah suami..kaw terus nak buat insta sendiri. Mana aci nak tengok guna insta orang lain kan. 

Oklah,sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 21 August 2013

Friday, 2 August 2013

My sahur

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku suka waktu sahur.Eh, tak2 ngaku jelah yang aku ni suka makan sebenarnya.haha. Mestilah suka sebab tu antara waktu makan yang penting supaya dapat  mengekalkan tenaga di siang hari bila berpuasa nanti. Sekurang-kurangnya aku akan ambil air kosong dan makan kurma.

Gambar sekadar hiasan+Kurma badam

Sahur aku akan terasa tenang bila Darwish tengah tido atau masa dia tengah ada mood nak sahur sekali. Kalau tidak jadilah kelam kabut sahur aku sebab bila dia terjaga dan tak mahu bangun, nak minta pokpok/dodoi dan sebagainya. Syukur sangat ada ayahnya yang kadang dapat membantu tolong pujuk.Kadang2 tak jalan gak pujukan ayahnya tu sebab nak jugak uminya melayan karenah manjanya tu..

Last but not least,cewah speaking london la pulok.Padahal english aku kureng skit. Sebelum nak cuti ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Tak sabo nak raya kaw. Doa2 meriah je tau. Bak kata -kata dalam nyanyian Siti Nurhaliza tu..
Sebulan kita puasa, menahan lapar dahaga, tiba sudah Hari Raya yang mulia.
Bergembira seadanya, kunjungi jiran tetangga, semoga menjadi amalan selama-lamanya.
Pada yang telah tiada, kunjungilah pusaranya, berdoa pada Yang Esa setulusnya,
Tanda masih diingatan, sedikit tak dilupakan, di pagi hari yang mulia tetap dikenang.
Sekian..terima kasih. Daa
 
 

Friday, 26 July 2013

Awas!sama-sama kita beringat

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni Hari Nuzul Al-Quran.Just nak share tentang ini..

Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
 Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
 Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
 Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat.

Kerugian meninggalkn solat:
Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Asar: Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama .Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur: 
 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
 2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. ..
 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca  AL-QUR'AN.
 4). Aku adalah tempatnya binatang2 [\Snake] yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, [\Dead] bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
 7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

 Kirim pesanan ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org.. Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja. Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga. Saat kamu membacanya, ia gelisah. Saat kamu mmahaminya, ia kejang2. Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke. Terus n terus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati. Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
 Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
 1. Waktu
 2. Kata-kata
 3. Kesempatan
 Ø Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
 1. Kemarahan
 2. Keangkuhan
 3. Dendam
 Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
 1. Harapan
 2. Keikhlasan
 3. Kejujuran
 Ø Ada 3 Hal yg paling berharga :
 1. Kasih Sayang
 2. Cinta
 3. Kebaikan
 Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
 1. Kekayaan
 2. Kejayaan
 3. Mimpi
 Ø Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
 1. Komitmen
 2. Ketulusan
 3. Kerja keras
 Ø Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
 1. Tekad
 2. Kemahuan
 3. Fokus
 Ø Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
 1. Rezeki
 2. Umur
 3. Jodoh
 TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
 1. Tua
 2. Sakit
 3. Kematian.

 Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya....Amin

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 19 July 2013

Majlis Iftar Amal Bersama Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim..

PENGUMUMAN..Majlis iftar/berbuka ini akan diadakan sempena Dana Masjid Tahfiz Darul Iman pada hari Ahad 21 Julai 2013 bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

Bagi anda yang ingin menyertainya bolehlah menghubungi Muhammad Faris, CSR Eksekutif di talian 03-5101 3342 atau 018-278 0793.

Perkhabaran dari Kumpulan Media Karangkraf ini aku tujukan khas untuk suami dan adik ipar aku Afiq a.k.a Apih dengan pertanyaan "nak pergi ke idak?"



Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 18 July 2013

Balik Ayah

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini topik pagi kami suami isteri mengenai lucunya karenah anak. Suami balik kerja lambat semalam so aku tengok Darwish duk sebut ayah..ayah bila tahu ayahnya xde kat rumah.Makanya aku pun call lah suami supaya boleh cakap ngan anak. Apa yang aku ajar cakap..Darwish akan ikut. 

Umi: helo ayah 
Darwish: helo ayah 
Umi: balik ayah 
Darwish: balik ayah 
Umi: balik cepat ayah 
Darwish: blkcptayhntahxphm 

Dia pun ikut tapi keluar bahasa dia yang kami sendiri xfaham dan tergelak. Ok sila beri simple word je dulu tau.


omey angat.hehe

Bukan itu sahaja..bila aku berbual ngan Darwish tanya da makan ke belum, da minum ke belum, da mandi ke belum..semua jawapan dia bagi "dah" walhal dia pun xtahu dah ke belum..hohaha.

Sebelum aku nak mengakhiri entri ni, ada satu tips Rasulullah bila anak menangis..(berdasarkan hadis) 'Janganlah pukul anak yang menangis itu dalam masa umur setahun kerana empat bulan pertama itu adalah tanda anak itu sedang syahadah, empat bulan kedua tanda anak itu sedang selawat dan empat bulan ketiga tanda anak itu sedang mendoakan ibu bapanya'..

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 12 July 2013

Salam Jumaat.Selamat berpuasa.Parenthood expo harini kat Midvalley.Balik kg.(Bukan main tajuk post kali ni da macam isi penting entri ni)

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini Hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam. Fikir baik Rasa baik Buat baik Daaapat baik..kata-kata daripada seorang prof yang membuatkan aku suka nak amalkan. Sape yang suka prof ni pasti tahu sape beliau. Tetapi bukan nak ajak berteka-teki sape prof ni cuma nak kongsi pasal parenthood expo start harini sampai ahad ni.


Serius aku memang excited skit kalo tau ada expo macam ni lagi2 dekat ngan rumah. Excited nak cuci mata sebenarnya..hehe. Dalam excited2 ni pun bukan dapat pergi jugak sebabnya office hour aku xde lunch sepanjang Ramadhan so xboleh jalan2 time tu tapi boleh balik awal sejam dan masalahnya lepas habis kerja terus nak balik kg suami kat Pahang(yeay..ni lg excited juga..haha semua ko nak excited Sabar ek). Doakan kami sekeluarga tau semoga dipermudahkan urusan.

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 24 June 2013

Betul tak?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini sumber yang aku nak kongsikan daripada FB rakan-rakan

Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :

1. Anak tunggal slalunye lambat cakap. 


2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki.


3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka.


4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x 
dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die.

5.
Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan 
parent.

6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak bersiar/keluar dari 
rumah.

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa
(verbal).

8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). 

Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak,menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka.

9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik.

10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.

p/s-sedikit sebanyak telah aku amalkan..memang berkesan tau sebab akan nampak anak kita kurang meragam,mudah diuruskan dan tak bosan.

Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 8 May 2013

Tuesday, 30 April 2013

Mom Retreat = Pakej Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku terbaca artikel ni kat sisipan Mega suratkhabar Utusan Malaysia m/s 8. Apa yang menarik perhatian aku Mom Retreat ni menyediakan perkhidmatan untuk wanita lepas bersalin samada kat rumah ataupun kat pusat pengjagaan yang disediakan di

No. 16 Jalan Permatang Pasir,
Off Jalan Telok gadong,
Batu 3 1/2, Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur.

Macam kat kampung tu..jururawat desa akan datang rumah untuk periksa keadaan ibu dan bayi semasa berpantang FOC. Kalau ni kena bayar ikut pakej yang kita nak dan boleh semak kat www.momretreathome.com. Sesuai untuk mereka yang sukar dapatkan pembantu semasa menjalani tempoh berpantang. Selalunya ibu atau ibu mentua yang akan membantu tapi kalau mereka pun ada yang tak sihat ke komitmen lain ke kan.

Contoh pakej asas, anggaran dalam 2-3jam perkhidmatan:

3 HARI
untuk ibu:
3 Mandian Akar&Herba
3 Terapi Inframerah
3 Urutan Berpantang
3 Urutan Payudara
3 Warm Compress Therapy/bertungku
3 Tummy Wrap Service/bengkung
untuk bayi:
3 Baby Bath and 3 Baby Massage(complimentary)
RM540
Khidmat daripada jururawat terlatih yang turut membantu anda dalam
General weight management guide
Monitoring blood pressure & heart rate
Nasihat penjagaan kebersihan
Panduan & sokongan penyusuan susu ibu
Nasihat penjagaan jaundis
Monitoring the infant growth-weight & length

*harga bergantung pada lokasi, cas pengangkutan
* disediakan sekali minyak urutan,red therapy light,skrub badan,warm compress ball untuk ibu dan bayi
*cuma perlu sediakan bengkung dan set produk lepas bersalin

Tapi kalau rasa nak stay je kat pusat penjagaan tu pun ok jugak kot sebab ada free basic laundry service tau. Bagi yang mampu apa salahnya.

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 22 April 2013

Happy dapat jumpa IDA&IENA MANSOR, YUYU ZULAIKHA DAN NURUL AIN

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam pergi singgah booth Choice by Ida Mansor kat Wangsa Maju. Ingat nak cuci mata pilih mana yang berkenan dihati..sambil tu boleh jumpa Ida&Iena, tak lupa jugak Yuyu sebab tahu dia pun ada buka booth.yeay jumpa secara berjemaah terus. Pastu tak sangka Nurul Ain pun ada kat situ..yeay lagi sekali. Bukan senang nak jumpa owner2 butik online ni secara live+berjemaah tau..cewahh. Yang penting lagi sekali masa tu ada sale+free gift..bertambahlah happy. Lagi2 happy boleh jalan2 hari minggu bersama anak dan suami.

Sebenarnya banyak lagi booth yang ada buka kat situ. Tapi hanya dapat singgah sekejap je kerana agenda seterusnya pastinya untuk anak dan suami. So, adilkan.hehe yela tu. Pilih punya pilih (sebab semua sebenarnya berkenan tapi tak boleh tamak ok) akhirnya ambil printed shawl yang ini.


Dah siap2 bayar mestilah nak bergambar kenangan..piece yo ngan Ida.


Tak dapat bergambar ngan Iena so letak jelah gamba Ida lg sekali.


Cepat2 bergambar ngan Yuyu pulak..


Masih sempat bergambar ngan Nurul Ain&Irdina..


Oh masa tak mengizinkan untuk lama kat situ. Kaki dah melangkah pergi ni tapi hati berkata nantilah dulu..hahaha. Ok stop..macamlah tak boleh shopping online kan.

Sekian..terima kasih. Daa





Friday, 5 April 2013

Doa lepas baca Al-Quran dan maksudnya

Bismillahirrahmanirrahim..

Maksud doa ini ' Allahummarhamna bil Quran ' yang kita baca selalu dan ada di bahagian 

belakang mus'haf Al-Quran.

Allahummarhamna bil Quran-


Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran

Waj'al hu lana

Dan jadikanlah ia (Al-Quran)

Imama- Pemimpin,

wa nuur - cahaya,

wa huda - petunjuk

wa rahmah - rahmat bagi kami.

Allah humma dzakkirna, min huma nasina,

Allah, ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya

Wa 'allimna min huma jahilna,

Dan berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya

Warzuqna tilawatahu

Dan anugerahkanlah kepada kami keupayaan untuk membacanya

Aana al-laili wa atrofan nahar

Pada waktu malam dan penghujung siang.

Waj'al hu lana hujjatan

Dan jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami

Ya Robbal 'alamin

Wahai tuhan seru sekalian alam.

 Ni hadiah untuk Darwish masa 1st birthday dia.

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 4 April 2013

Kuala Terengganu, Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim..

Bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air. Samalah macam cerita aku ni hah dah alang-alang sampai Terengganu ke kenduri kahwin membe..lepas majlis cepat-cepat cabut pergi ke KT. 


kat Pantai Batu Buruk


 sempat lagi main layang-layang

masa ni goodboy takut ombak.huhu

cuba nasib check in sini.syukur ada 1 kosong.tempat lain dah tampal full house.

deretan kedai makan depan resort

tengoklah dah ramai yang check in

BBBR Mini Mart

 ada WiFi..ingat nak update blog tapi sibuk berjalan.haha

tu surau dekat kolam renang

lepak jap kat sini(tepi kolam) lepas tu g Dataran Shahbandar.

Kebetulan masa tu ada Festival Thai..memang meriah. Untuk pengetahuan korang tahun ni adalah Tahun Melawat Terengganu. Saya sudah..anda bila lagi?cewah

Sekian..terima kasih. Daa


Wednesday, 3 April 2013

Dungun, Terengganu Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Alamak..cerita dah berzaman baru nak update.Hahaha.Sebab dah janji kat entri SINI nak sambung cerita masa kat Terengganu ni haruslah gagahkan juga tambahan pula dah dapat gambar untuk korang cuci-cuci mata nanti :)

Ini gambar sekitar majlis persandingan mereka (Azizi dan Nor)..Posing dulu kat homestay sebelum berarak.





Dah tu je :)

Tuesday, 19 March 2013

Parents Kids & Baby Expo (22-24 Mar '13)

Bismillahirrahmanirrahim..



Rupanya ada juga baby expo selain yang kat Midvalley tu. k daa tu je nak gtau.

Monday, 18 March 2013

5th Maternity & Children Expo(5-7 APR '13)

Bismillahirrahmanirrahim..



Inilah masanya nak beli barang keperluan baby yang cantik-cantik, yang diidam-idamkan dengan harga istimewa atau dengan kata lain harga murah..Selalunya kalo pergi awal-awal bolehlah dapat goodies bags tu atau free gift. Disebabkan aku dok kat KL so aku promote lah skit event ni yang cuma sekangkang kera je dengan tempat tinggal aku. Kalau terjumpa tu..tegur2lah ek.

Sekian..terima kasih. Daa