Thursday, 27 December 2012

Untuk Bayi: Penjagaan kulit alahan dan kering seperti eczema

Bismillahirrahmanirrahim..

Para ibu bapa pasti tahu yang kulit bayi ni sangat sensitif terutama mudah terkena pelbagai ruam termasuklah kulit alahan dan kering seperti eczema ni. Antara simptom eczema yang boleh kita lihat ialah pada lipatan tangan,paha dan leher atau di lutut serta siku. Kulit akan menjadi kemerahan, kering dan gatal mengakibatkan si kecil kesayangan kita tu menggaru-garu kadang-kadang sampai luka berdarah. Habislah cadar ke baju ke, mesti ada kesan darah. Tak ke haru dibuatnya dan para ibu lah orang yang paling tak senang duduk melihat bayinya yang menggaru tak selesa..macam cerita P.Ramlee tu cakap KESIAN..

Kalau pergi periksa kat klinik pakar kanak-kanak, doktor akan beri krim sapu contoh krim efficort/elomet. Memang berkesan tapi dinasihatkan pakai nipis2 sebab risau  ada kesan sampingan atau mungkin sebab ada steroid kot. Selain itu, guna produk mandian dan lotion Sebamed atau lain-lain produk yang sesuai untuk kulit sensitif dan kering seperti yang aku sangat-sangat cadangkan di bawah ini.


Losyen/Krim sapuan yang melembabkan dan tak melekit.


Mandian yang bebas sabun, membersih dan melembutkan kulit.

Ia telah diuji dan terbukti bebas steroid dan selamat untuk bayi selain merawat kulit secara semulajadi, lembut, tak pedih dan cepat. Melembabkan kulit dan bayi akan selesa dengannya. Cubalah. Untuk keterangan lebih lanjut tentang khasiat, penggunaan dan lokasi jualan sila klik www.buds-eczema.com atau www.budsbaby.com.

Sekian..terima kasih Daa

2 comments:

  1. Salam. Utk mommies yg anaknya ekzema or sensitive skin, boleh try Tropika Baby Skin Care products. Produk natural mesra alam, based on minyak kelapa dara or virgin coconut oil. Bebas bahan kimia, bebas steroids, bebas parabens & bebas SLS. Alhamdulillah good feedback from satisfied moms. Ni produk keluaran bumiputera, halal & plg penting harganya affordable.

    For for info boleh visit website http://www.tropikababies.blogspot.sg/ ataupun FB - Tropika VCO & Medela Swing Maxi.

    Harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  2. good info Shiela..salah satu produk yang berkesan jugak untuk kes ekzema.TQ

    ReplyDelete