Wednesday, 21 November 2012

Aku di Majalah Pa&Ma Disember 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Wah..ini satu peningkatan jikalau sebelum ni aku cuma suka tulis kat blog je tapi kali ini dengan beraninya aku hantar penulisan aku tu ke editor Majalah Pa&Ma. Serius lepas tu aku memang menantikan setiap keluaran majalah ni samada tersiar ke tidak cerita aku tu walaupun padahal aku dah tau mengikut pengalaman rakan karib aku sorang ni lepas 2 bulan baru keluar sebab dia dah pernah hantar kan. Dalam hati tengok jelah mana tau hantar bulan ni kemudian bulan depan dah keluar. Over pulak aku ni. Sebenarnya tak kisah pun artikel tu keluar awal ke lambat cuma risau tak keluar langsung..huhu patahlah hati.

Lagipun memang selalu baca masa pregnant dulu lagi2 saat nak tiba masa kelahiran.

Tiba-tiba  Sabtu malam yang lepas rakan karib aku ni called bagitahu dah keluar. Hah..aku belum tengok lagi..rasa nak cari malam tu gak majalah ni tapi sabar-sabar tunggu esok. Dah nama aku pun Sabar kan.LOL

Esoknya Ahad dalam perjalanan ke kenduri kawen rakan sekolah kat Alor Gajah dapat sms pulak ex-ofismate bagitahu perkara yang sama. Lagilah berkobar-kobar nak dapatkannya dengan SEGERA ok.

Last2 tak sempat cari sampailah semalam ajak ofismate cari, yes jumpa..ofismate pun beli gak..haha


m/s 32

Balik je keje suami ambil n terus tunjuk..tak menyempat sampai umah dulu dia sibuk nak baca. Tersenyum aku.LOL


Ni cover dia..bila agaknya turn Darwish ek..berangan jap..

Seperti yang diceritakan kat entri sebelum ni DISINI , team Pa&Ma turut terlibat menjalankan aktiviti seperti berikut:
Selak punya selak sampai belakang ternampak ni..eh kembar 3 ni..terus ingat Mama Kembar 3. Selalu gak baca entri pasal mereka ni. Dah besar dah anak teruna ni.hehe



Sekian..terima kasih. Daa

2 comments:

  1. wahhhh...kelasnyaaa! beznya dpt masuk majalah pa&ma kan. nanti nak g tgk la buku nie. nk tgk gmbr family tuu.. femes fizi kan. hehe. congrats2.

    ReplyDelete
  2. Tq mia..tgk jgn xtgk tau.hehe

    ReplyDelete