Tuesday, 27 November 2012

Let's Pray For Gaza

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku..
Bukanlah seorang perwira..Gagah menjunjung senjata..
Namun hati rela berjuang..Walau dengan cara sendiri..
Demi cinta ini..

Ini adalah antara lirik dalam lagu Warisan, Artis: Sudirman. Seperti kita tahu kita tak mampu mengangkat senjata tetapi kita mampu menadah doa untuk Gaza. 


Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 26 November 2012

World Bloggers & Social Media Award 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Berita baik untuk semua blogger. Yeay..sukalah tu sebab ada anugerah macam ni kan. Apa kata calonkan diri blog sendiri atau blog kawan-kawan atau blog kegemaran. Antara kategori yang ada..Favourite Lifestyle Blog, Favourite Business Blog, Favourite Educational Blog dan banyak lagi tau. Boleh search kat sini www.socialmediaweek.com.my atau fb Malaysia Social Media Week


Cepat sebelum terlambat..hehehe

p/s - Doa untuk Harimau Malaya bertahan dan doa untuk sejahtera Gaza. Amin

Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 21 November 2012

Aku di Majalah Pa&Ma Disember 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

Wah..ini satu peningkatan jikalau sebelum ni aku cuma suka tulis kat blog je tapi kali ini dengan beraninya aku hantar penulisan aku tu ke editor Majalah Pa&Ma. Serius lepas tu aku memang menantikan setiap keluaran majalah ni samada tersiar ke tidak cerita aku tu walaupun padahal aku dah tau mengikut pengalaman rakan karib aku sorang ni lepas 2 bulan baru keluar sebab dia dah pernah hantar kan. Dalam hati tengok jelah mana tau hantar bulan ni kemudian bulan depan dah keluar. Over pulak aku ni. Sebenarnya tak kisah pun artikel tu keluar awal ke lambat cuma risau tak keluar langsung..huhu patahlah hati.

Lagipun memang selalu baca masa pregnant dulu lagi2 saat nak tiba masa kelahiran.

Tiba-tiba  Sabtu malam yang lepas rakan karib aku ni called bagitahu dah keluar. Hah..aku belum tengok lagi..rasa nak cari malam tu gak majalah ni tapi sabar-sabar tunggu esok. Dah nama aku pun Sabar kan.LOL

Esoknya Ahad dalam perjalanan ke kenduri kawen rakan sekolah kat Alor Gajah dapat sms pulak ex-ofismate bagitahu perkara yang sama. Lagilah berkobar-kobar nak dapatkannya dengan SEGERA ok.

Last2 tak sempat cari sampailah semalam ajak ofismate cari, yes jumpa..ofismate pun beli gak..haha


m/s 32

Balik je keje suami ambil n terus tunjuk..tak menyempat sampai umah dulu dia sibuk nak baca. Tersenyum aku.LOL


Ni cover dia..bila agaknya turn Darwish ek..berangan jap..

Seperti yang diceritakan kat entri sebelum ni DISINI , team Pa&Ma turut terlibat menjalankan aktiviti seperti berikut:
Selak punya selak sampai belakang ternampak ni..eh kembar 3 ni..terus ingat Mama Kembar 3. Selalu gak baca entri pasal mereka ni. Dah besar dah anak teruna ni.hehe



Sekian..terima kasih. Daa

Saturday, 17 November 2012

30 Nov - 2 Dec 2012 4th Maternity & Children Expo

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memang suka tengok benda-benda comel cantik cun ceria dan segala bagai. Contoh macam ekspo ni. So,insyaAllah kalau free nak pergi luangkan masa gak untuk aktiviti di ekspo ni nanti. Untuk mama papa sekalian cuba join contest yang ada ni skali..mana tau bertuah rezki anak-anak kan.


Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 12 November 2012

Tips yakin cantik: Elak Perut Buncit

Bismillahirrahmanirrahim..

Tips bagaimana untuk mengekal perut kempis dan tubuh kekal langsing


  • Elakkan minum air yang banyak ketika makan 
  • Jangan gosok-gosok perut selepas makan 
  • Jangan terus mandi selepas makan,mandi sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan


Akhir sekali yang penting.. makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 8 November 2012

Tips seronok belajar : Peta Minda

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai pembaca sekalian. Entry ni khas untuk mereka yang sedang belajar terutama sekarang pelajar tingkatan lima yang sedang menghadapi Peperiksaan SPM. Masih sempat nak ucap Good luck dear! dan bagi tips untuk seronok belajar dengan membuat PETA MINDA. Bagi yang dah biasa buat peta minda tu baguslah tetapi bagi yang belum tu cepat-cepat buat sebab apa, ia bukan sahaja mudah faham..malah mudah hafal dan  jimat masa. Peta minda ni ibarat kita belajar dengan gaya pembelajaran kita sendiri, hanya ada isi penting haruslah lebih mudah faham dan hafal kan.

Aku harap dengan tips yang ada ni bolehlah membantu anda atau adik-adik atau anak-anak selain berdoa dan sebagainya..All The Best

Sekian..terima kasih. Daa