Friday, 12 October 2012

Majlis Konvokesyen yang lain daripada lain.Mode:mencuit hati.

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas telah berlangsungnya majlis konvokesyen di Universiti Malaya. Tahniah aku ucapkan kepada kawan-kawan yang telah menamatkan kursus masing-masing. Aku tidak berkesempatan nak singgah tengok aktiviti di situ walaupun UM tu cuma sekangkang kera je dari rumah.hahaha. Takpelah..tak pergi pun tidak menjadi masalah besar pun bagi sesiapa kan. Lagipun, masa tu aku telah pergi merentas Laut China Selatan ataupun bahasa mudahnya pergi oversea la katakan. Oversea la sangat..cuma trip to Sabah je bah. Hai geng-geng Sabah..i wuz there. Ok trip tu cerita lain kali. Apa yang aku nak tunjukkan kali ni adalah video unik semasa majlis konvo ni. Difahamkan graduan Pusat Kebudayaan UM ada cara tersendiri ketika menerima ijazah mereka. Jom saksikan..


Setiap seorang graduan tu buat tarian kebudayaan..dan minit yang ke 1:50 paling mencuit hati aku k. Hah, korang yang tak nak tengok dan tak tengok lagi pastu tanye ada apa..baik korang tengok jelah..

k, ni gambar kenangan aku dengan my bestfriend masa zaman konvo ktorang. Miss u babeh.huhu

p/s- sorila ye..tulisan aku ni mula2 je skema, sampai tengah-tengah je entah ke mana..hehe

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment