Wednesday, 17 October 2012

Kota Kinabalu, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah entri kali ni nak cerita pasal trip ke Sabah yang telah digembar-gemburkan sebelum ini kan. Sebenarnya aku sangat excited sebab jakun kot first time naik flight + pergi Sabah pulak tu + ada jemputan kawen kenalan a.k.a Mia. Hai Mia..selamat berbulan madu. Pecah kaca.. pecah gelas, kalau terbaca.. update blog lekas-lekas.hehehe. Tak sabar nak tengok pengantin gojes ni. Warna tema pengantin memang warna kesukaan aku..suka sangat.

Menunggu sebelum berlepas. Duduk di barisan paling hadapan sebab nak tengok kapal terbang.haha

 Itulah flight no. ktorang

 Kapal terbang parking dekat je tu.

 Atas kebaikan seorang lelaki cina, dia bagi tukar seat supaya aku dapat duduk sebelah suami. Oh terharunya..dapat tepi tingkap pulak tu. TQ uncle~

Jauh perjalanan luas pemandangan. Cantik betul air laut kat KK ni. Nampak warna biru jernih dari atas kapal terbang. Sampai airport je kitorang bergegas ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebab majlis akad nikah pengantin berlangsung kat situ. 

Nilah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Selesai majlis akad nikah dan sesi bergambar, dijemput makan-makan kat Inanam rumah pengantin perempuan. Ok sambung cerita next entry iaitu majlis persandingan tau. Gambar nikah pengantin yang cantik tu tunggu mia update kat blog dia k.

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment