Wednesday, 31 October 2012

Only in Sabah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku jumpe masa makan kat Ranau.

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 25 October 2012

Pasar Filipina, Kota Kinabalu

Bismillahirrahmanirrahim..


Ini adalah hari terakhir kat KK sebab flight ktorang malam. Jalan-jalan kat pasar ni nak cari ikan bilis yang boleh dikatakan murah. Macam-macam ada..mutiara,ikan masin dan kraftangan.

Boleh rambang mata nak beli tau.

Sementara tunggu yang lain cari barang masing-masing, aku dan Darwish tumpang duduk kat kedai ni. Terima kasih ya~

Bila dah naik flight, Darwish pun tido sebab dah kepenatan bermain kat airport tu.

Sekian..terima kasih. Daa.

Monday, 22 October 2012

Kundasang+Ranau, Kota Kinabalu

Bismillahirrahmanirrahim..


Tu dia Gunung Kinabalu di Kundasang..jalan ke sana macam nak pergi Cameron Highlands, Pahang rupanya. Jalan macam ular kena palu but semuanya ok. Cuaca baik punya cilok dan masih dapat tengok gunung KK tanpa terlindung awan kan. Bezanya kat Cameron Highlands ada banyak ladang teh dan tanaman strawberi tetapi di Kundasang ada banyak tanaman sayur.


Ktorang singgah di Kinabalu Park, nak masuk kena bayar RM3 seorang kalau tak silap. Sejuk, nyaman dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa macam tu..


Macam ni lah jalannya. 

Tengahari ktorang makan kat Ranau, ada satu restoran yang menyediakan masakan sup sedap(tapi tak tau apa nama.hehe). Sekejap je kat sana, lepas tu gerak ke Kg. Tg. Aru yang menempatkan rumah atas air. Kebetulan rumah yang ktorang pergi ni betul-betul paling hujung jeti. Sampai sana dah nak dekat matahari terbenam so view cantik sangat ktorang tengok. Sajian malam tu sungguh sedap dengan pelbagai makanan laut seperti ketam,udang dan ikan. Balik hotel terus rehat. k next entry pasal jalan-jalan di Pasar Filipina~

Sekina..terima kasih. Daa

Saturday, 20 October 2012

Inanam, Kota Kinabalu

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam readers. Hah..terus letak gambar punya excited nak cerita.

Korang perasan tak kat belakang tulah pengantin lelakinya a.k.a Fit = rakan sepejabat suami. Kiranya ktorang ni join rombongan lelakilah. 

 Tempat ku kenangmu dalam doaku..cewah..

 We're ready for makan

 Nah..main event for our trip to Sabah.

 Sempat berjalan ke Papar selepas dipujuk Puan Fatimah singgah ke rumahnya dan makan kuih cincin yang terkenal kat Sabah.TQ sangat-sangat. 

Majlis potong kek di sebelah malam.

Next entry..Kundasang+Ranau~

Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 17 October 2012

Kota Kinabalu, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah entri kali ni nak cerita pasal trip ke Sabah yang telah digembar-gemburkan sebelum ini kan. Sebenarnya aku sangat excited sebab jakun kot first time naik flight + pergi Sabah pulak tu + ada jemputan kawen kenalan a.k.a Mia. Hai Mia..selamat berbulan madu. Pecah kaca.. pecah gelas, kalau terbaca.. update blog lekas-lekas.hehehe. Tak sabar nak tengok pengantin gojes ni. Warna tema pengantin memang warna kesukaan aku..suka sangat.

Menunggu sebelum berlepas. Duduk di barisan paling hadapan sebab nak tengok kapal terbang.haha

 Itulah flight no. ktorang

 Kapal terbang parking dekat je tu.

 Atas kebaikan seorang lelaki cina, dia bagi tukar seat supaya aku dapat duduk sebelah suami. Oh terharunya..dapat tepi tingkap pulak tu. TQ uncle~

Jauh perjalanan luas pemandangan. Cantik betul air laut kat KK ni. Nampak warna biru jernih dari atas kapal terbang. Sampai airport je kitorang bergegas ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebab majlis akad nikah pengantin berlangsung kat situ. 

Nilah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Selesai majlis akad nikah dan sesi bergambar, dijemput makan-makan kat Inanam rumah pengantin perempuan. Ok sambung cerita next entry iaitu majlis persandingan tau. Gambar nikah pengantin yang cantik tu tunggu mia update kat blog dia k.

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 15 October 2012

Koleksi Tudung

Bismillahirrahmanirrahim..

Dapatkannya sekarang di.....


 Gaya #1

 Gaya #2

**************************************************************


 Gaya #1

Gaya #2

p/s - Selagi stok masih ada k

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 12 October 2012

Tetapkanlah kepercayaanmu

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Jumaat dan Selamat berkerja semua..


Sekian..terima kasih. Daa

Majlis Konvokesyen yang lain daripada lain.Mode:mencuit hati.

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas telah berlangsungnya majlis konvokesyen di Universiti Malaya. Tahniah aku ucapkan kepada kawan-kawan yang telah menamatkan kursus masing-masing. Aku tidak berkesempatan nak singgah tengok aktiviti di situ walaupun UM tu cuma sekangkang kera je dari rumah.hahaha. Takpelah..tak pergi pun tidak menjadi masalah besar pun bagi sesiapa kan. Lagipun, masa tu aku telah pergi merentas Laut China Selatan ataupun bahasa mudahnya pergi oversea la katakan. Oversea la sangat..cuma trip to Sabah je bah. Hai geng-geng Sabah..i wuz there. Ok trip tu cerita lain kali. Apa yang aku nak tunjukkan kali ni adalah video unik semasa majlis konvo ni. Difahamkan graduan Pusat Kebudayaan UM ada cara tersendiri ketika menerima ijazah mereka. Jom saksikan..


Setiap seorang graduan tu buat tarian kebudayaan..dan minit yang ke 1:50 paling mencuit hati aku k. Hah, korang yang tak nak tengok dan tak tengok lagi pastu tanye ada apa..baik korang tengok jelah..

k, ni gambar kenangan aku dengan my bestfriend masa zaman konvo ktorang. Miss u babeh.huhu

p/s- sorila ye..tulisan aku ni mula2 je skema, sampai tengah-tengah je entah ke mana..hehe

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 11 October 2012

My Bestfriend

Bismillahirrahmanirrahim..

 This is MUST.

 My bestgirlfriend.

And my bestboyfriend.

Till then..thank you. Daa