Thursday, 27 September 2012

Penyakit kuning atau jaundis

Bismillahirrahmanirrahim..

BAB KEIBUBAPAAN.Cewahh siap huruf besar tu..tiba-tiba tergerak hati nak cerita tajuk ni. Sebenarnya baru lepas baca majalah keibubapaan.hehehe. Tajuk entri kali ni merupakan salah satu perkara yang merungsingkan ibu bapa selepas menerima kelahiran bayi termasuklah aku. Maklumlah pengalaman pertama..di mana Darwish pernah mengalami jaundis sehingga 3 minggu pertama kelahiran! Setahu aku biasanya kena jaundis ni 2 3 hari dah baik tapi ini tidak. Berendam air mata jugak lah bila tiap2 hari kena pergi check dari ke klinik kesihatan kat pekan hinggalah ke hospital besar. Mana tidaknya, hari Sabtu Ahad klinik kesihatan kat pekan tu kan tutup.

Saat yang paling sedih tu bila dah dapat result tapi paras bilirubin dalam darah masih belum turun ke paras normal. Fuh..yang melegakan, paras bilirubin tu belum sampai ke tahap tinggi yang boleh menyebabkan bayi ditahan masuk wad untuk rawatan di bawah lampu phototheraphy. Disebabkan tiada rawatan spesifik,bermacam-macam cara aku guna. Kalau ikut pengalaman 'orang yang dah makan garam dulu' ni cubalah jemur bawah matahari(sampai gelap dibuatnya), bagi hisap anggur hijau ke, guna mandian yang beli kat kedai herba cina ke atau ikut kata jururawat adalah dengan memastikan bayi menyusu secukupnya supaya kerap buang air besar.

Mmm..betul betul betul

Apa yang aku nak tekankan di sini ialah maklumat daripada bacaan majalah ni. Jika salah seorang daripada bayi atau ibu mempunyai kumpulan darah O manakala yang seorang lagi berkumpulan darah jenis A atau B, ini boleh menyebabkan ketidakserasian antara darah mereka dan ini boleh menyebabkan paras kuning yang sangat tinggi!Ooo..yeke. So, ambil perhatian sikit ye bakal2 ibu bapa luar sana.

Sekian..terima kasih. Daa

2 comments: