Friday, 28 September 2012

Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim..

Nah sedikit perkongsian pada Hari Jumaat penuh barakah 

Situasinya begini..
97% muslim yang saya jumpa bila disebut:

"Wei, Nur kirim salam."

Akan dijawab.


"iya ke?WA'ALAIKUMUSSALAM."

Ok...

Nmpk mcm tak da masalah kan?

Tertanya2 kan apa masalahnya kan?

Ya. Memang ada masalah...
=.="

Sebenarnya,jelas di dalam hadis nabi saw,nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....

" wa'alaika wa'alaihissalam "

Sebab apa?

Nur suruh Manal kirim salam kat Ina.

Ina jwb " wa'alaikumussalam "

Sdgkan:-

Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU

jadi salam Nur kpd Ina tak terjawab kan?sbb Ina doakan salam tu kepada MANAL SEDANGKAN MANAL TU ORANG TENGAH..

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab.... ^_^
Indahnya Islam...

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna masih belum jawab.


Sekian..terima kasih Daa

Thursday, 27 September 2012

Penyakit kuning atau jaundis

Bismillahirrahmanirrahim..

BAB KEIBUBAPAAN.Cewahh siap huruf besar tu..tiba-tiba tergerak hati nak cerita tajuk ni. Sebenarnya baru lepas baca majalah keibubapaan.hehehe. Tajuk entri kali ni merupakan salah satu perkara yang merungsingkan ibu bapa selepas menerima kelahiran bayi termasuklah aku. Maklumlah pengalaman pertama..di mana Darwish pernah mengalami jaundis sehingga 3 minggu pertama kelahiran! Setahu aku biasanya kena jaundis ni 2 3 hari dah baik tapi ini tidak. Berendam air mata jugak lah bila tiap2 hari kena pergi check dari ke klinik kesihatan kat pekan hinggalah ke hospital besar. Mana tidaknya, hari Sabtu Ahad klinik kesihatan kat pekan tu kan tutup.

Saat yang paling sedih tu bila dah dapat result tapi paras bilirubin dalam darah masih belum turun ke paras normal. Fuh..yang melegakan, paras bilirubin tu belum sampai ke tahap tinggi yang boleh menyebabkan bayi ditahan masuk wad untuk rawatan di bawah lampu phototheraphy. Disebabkan tiada rawatan spesifik,bermacam-macam cara aku guna. Kalau ikut pengalaman 'orang yang dah makan garam dulu' ni cubalah jemur bawah matahari(sampai gelap dibuatnya), bagi hisap anggur hijau ke, guna mandian yang beli kat kedai herba cina ke atau ikut kata jururawat adalah dengan memastikan bayi menyusu secukupnya supaya kerap buang air besar.

Mmm..betul betul betul

Apa yang aku nak tekankan di sini ialah maklumat daripada bacaan majalah ni. Jika salah seorang daripada bayi atau ibu mempunyai kumpulan darah O manakala yang seorang lagi berkumpulan darah jenis A atau B, ini boleh menyebabkan ketidakserasian antara darah mereka dan ini boleh menyebabkan paras kuning yang sangat tinggi!Ooo..yeke. So, ambil perhatian sikit ye bakal2 ibu bapa luar sana.

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 20 September 2012

Make Over By Qoma

Bismillahirrahmanirrahim..
Tarikhnya 6hb dan 7hb Oktober ni. Untuk tahu lebih lanjut jom klik QOMA's Boutique. Mana tau ada perubahan terkini.

Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 19 September 2012

Moslema In Style @PWTC

Bismillahirrahmanirrahim..

Khas untuk wanita sahaja..(^,^)

Sekian..terima kasih. Daa

Tuesday, 11 September 2012

Children's World Baby Fair 10-23 Sept. 2012 @Sogo,KL

Bismillahirrahmanirrahim..


Yes, geng-geng KL terutama bakal ibu sempat lagi kalau nak pergi ni. Aku baru tahu dari fb sepupu aku yang nama manjanya Sayang..thanks yayang. Maklumlah dia dah berbadan dua..tahniah ye. Aku memang tak pernah dengar  baby fair ni..apalagi nak pergi. Selalunya baby expo tahunan tu aku tahulah kan. Jadi jangan buang masa..cubalah survey mana tahu berkenan kan.k sambung lain kali.

Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 5 September 2012

Cable Car, Genting Highland

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini short trip je naik cable car ke Genting Hingland. Sebenarnya bawa mak dan abah beraya ke rumah besannya yang kat Jerantut a.k.a rumah mentuaku. Alang-alang dah pergi Pahang singgahlah naik GH lepas beraya tu. Naik kira-kira jam 3petang macam tu. Harga naik cable car sehala RM6 seorang. Jadi, kami ambil pergi balik senang tak payah nak beratur kat kaunter balik nanti.

 Darwish pertama kali naik cable car.

 Mak dan abah pun pertama kali.

Kami singgah minum petang di Marrybrown. Cuma pesan kopi panas dan suami pergi beli pisang goreng panas kat gerai Fried Banana yang terletak berhadapan je. Harga pisang goreng RM1.50 satu sebesar tapak tangan aku. Berbaloi ke tak..lu pikir la sendiri..huahaha. Tak sempat ambil gambar sebab semua sedang asyik menikmatinya PANAS-PANAS dalam suasana SEJUK..bayangkan.hehe sori over plak ek. Lagi pun semua maklum kan harga kat GH lebih sikit dari harga kedai yang sama luar kawasan GH ok.

 Suasana sederhana sejuk

 Ni kira-kira jam 7petang baru kami berangkat balik dari GH

Matahari pun dah nak terbenam.

Sampai je kat Genting Sempah, kami solat Maghrib dulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Limpur.

Sekian, terima kasih. Daa