Thursday, 16 August 2012

Selamat Menyambut Syawal

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan kian melabuh tirainya. Mood balik kampung pun mula dirasai. Kali ni giliran balik raya ke kampung suami dulu(k geng Jerantut jumpa raya nanti). InsyaAllah,hari raya kedua baru kami akan balik beraya di rumah ibu bapaku. Sambutan raya di Jerantut, Pahang sedikit berbeza dengan kampung aku di Batu Pahat,Johor(hah..sape org sini angkat tangan). Di Jerantut,juadah hari raya yang menjadi kegemaran adalah ketupat pulut dengan rendang. Sedangkan di Batu Pahat juadah lebih kepada ketupat nasi dan lodeh.

Walaupun berbeza, bagi aku ia adalah sesuatu yang mengujakan(erti kata lain jakun kot.hehe).Tetapi tidaklah setanding dengan ketupat nasi dan lodeh sebab itu memang dah jadi kegemaran aku yang wajib ada setiap kali tiba hari raya. Oh mak janganlah habiskan ketupat nasi tu..anakmu balik nanti nak melahap merasa. Sungguh tidak sopan kalau melahap. Jangan..jangan..jangan ye kawan-kawan( tangan kiri tahan jangan, tangan kanan rakus melahap sendiri). Amboi..amboi..amboi. Itu pun jangan ye kawan-kawan. Tidak elok untuk kesihatan rohani dan jasmani.

Selain itu,kebiasaan di Johor ni ialah ada acara alunan marhaban yang dilakukan secara beramai-ramai dari rumah ke rumah. Kadang tu rombongan lelaki lain, rombongan perempuan lain dan rombongan murid sekolah pun ada yang lain. Zaman aku sekolah rendah dulu memang ada buat dan selalunya rumah terakhir kami cuma minum air je sebab dah kekenyangan..oklah tak nak cerita banyak. Cuma nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kawan-kawan. Maaf  Zahir dan Batin.



Sekian..terima kasih. Daa

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin...^_^
    http://lokmanramli.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri-daripada.html

    Dari lokman, bakal isteri dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Wasalam adik lokman..thanks

    ReplyDelete