Thursday, 30 August 2012

Tips tambah sihat: Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri ni menceritakan pengalaman aku bersama set vitamin Shaklee semasa menyusukan anak. Aku bersyukur kerana dipertemukan oleh Ayu dengan set vitamin Shaklee yang mengandungi..

Vita-lea Iron Formula: atau zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Mampu membantu pembesaran anak dengan lebih baik dan perlu ambil untuk memastikan ibu menyusu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Bergantung pada nasihat doktor. Tetapi tidak disarankan ambil dengan minum susu kerana akan mengurangkan keberkesanan penyerapan zat besi  dalam badan.

B-Complex: dikatakan anti stress menyebabkan penghasilan susu akan lebih lancar kerana ibu dalam keadaan tenang.

Vitamin C: membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu. Sekiranya ibu atau bayi mengalami demam,tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari. Bagi ibu yang menghadapi puting melecet,luka atau berdarah juga insyaAllah akan mudah sembuh. Kesannya kulit akan semakin bersih, cerah dan cantik.

Alfafa: merupakan boost/percepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu. Keberkesanan pada setiap ibu berbeza. Bagi yang tidak menyusukan anak, alfafa membantu melancarkan proses perkumuhan. Tetapi perlu seimbang dengan pengambilan air. Semakin banyak ambil alfafa, semakin banyak air perlu minum.

ESP(Energizing Soy Protein): memberikan tenaga dan menyebabkan rasa kenyang. Kesan baik kepada berat bayi ntuk mudah naik terutama 6 bulan pertama kelahiran.

Kalau nak cerita memang banyak khasiatnya. Untuk lebih terperinci silalah ke blog Ayu. Banyak yang dia telah kongsikan pahit manis penyusuan susu ibu ni.



Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 16 August 2012

Selamat Menyambut Syawal

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan kian melabuh tirainya. Mood balik kampung pun mula dirasai. Kali ni giliran balik raya ke kampung suami dulu(k geng Jerantut jumpa raya nanti). InsyaAllah,hari raya kedua baru kami akan balik beraya di rumah ibu bapaku. Sambutan raya di Jerantut, Pahang sedikit berbeza dengan kampung aku di Batu Pahat,Johor(hah..sape org sini angkat tangan). Di Jerantut,juadah hari raya yang menjadi kegemaran adalah ketupat pulut dengan rendang. Sedangkan di Batu Pahat juadah lebih kepada ketupat nasi dan lodeh.

Walaupun berbeza, bagi aku ia adalah sesuatu yang mengujakan(erti kata lain jakun kot.hehe).Tetapi tidaklah setanding dengan ketupat nasi dan lodeh sebab itu memang dah jadi kegemaran aku yang wajib ada setiap kali tiba hari raya. Oh mak janganlah habiskan ketupat nasi tu..anakmu balik nanti nak melahap merasa. Sungguh tidak sopan kalau melahap. Jangan..jangan..jangan ye kawan-kawan( tangan kiri tahan jangan, tangan kanan rakus melahap sendiri). Amboi..amboi..amboi. Itu pun jangan ye kawan-kawan. Tidak elok untuk kesihatan rohani dan jasmani.

Selain itu,kebiasaan di Johor ni ialah ada acara alunan marhaban yang dilakukan secara beramai-ramai dari rumah ke rumah. Kadang tu rombongan lelaki lain, rombongan perempuan lain dan rombongan murid sekolah pun ada yang lain. Zaman aku sekolah rendah dulu memang ada buat dan selalunya rumah terakhir kami cuma minum air je sebab dah kekenyangan..oklah tak nak cerita banyak. Cuma nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kawan-kawan. Maaf  Zahir dan Batin.



Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 13 August 2012

Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Harap belum terlambat untuk aku kongsikan ini:

Sumber dari FB Heliza Helmi.

~Assalamualaikum wbt.

Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. 

Mari menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan ini moga-moga dapat Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan.

“Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya:

“Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Antara Tips :
~iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.~





Sekian..terima kasih. Daa

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey.

Bismillahirrahmanirrahim..

Bagi memeriahkan contest Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey, dengan ini saya maklumkan

  • Saya suka Annas Easkey kerana Annas memang kreatif apabila shoot gambar mesti cantik-cantik belaka..penuh makna tersendiri..tak percaya?lihat dan nilailah sendiri di http://theannaseaskey.blogspot.com
  • Baju Raya saya bewarna OREN & KELABU
  • kata-kata semangat buat Annas Easkey..teruskan usaha kerana insyaAllah berjaya saya doakan..be strong ok

Siapa tau rezeki Hari Raya Aidifitri kali ni. Jom jemput semua rakan blogger cuba jangan tak cuba http://theannaseaskey.blogspot.com/2012/08/contest-duit-raya-untuk-bloggers-dari.html

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 6 August 2012

International Baby Expo@KLCC, 10 - 12 Ogos 2012

Bismillahirrahmanirrahim..


Iklan IBEX ni memang dah lama aku tengok terpampang besar kat satu papan iklan tepi Federal Highway. Kalau ikutkan memang dah pasang niat nak pergilah tapi banyak-banyak aktiviti baby expo ke parenthood expo ke tak semestinya aku dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. Jadi, kalau ada jodoh kita jumpe di sana nanti.

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 3 August 2012

Festival Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Semarakkan Ramadhan dan Raikan Syawal bersama JKKN a.k.a Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara. Ia dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, DBKL, RTM, Klasik Nasional, IKIM.fm, Plaza Sungei Wang, Muzium Kesenian Islam dan KL Festival 2012. Apa yang menarik jom kita lihat:


21,22,28,29 Julai, 4,5 Ogos 2012
Program Merakyatkan Seni Budaya 'Jom Berbuka Puasa'.
Pertandingan Nasyid dan Marhaban.
3ptg-8.30mlm

11 Ogos 2012
Konsert Ruhani: Bacaan Al-Quran, Gambus Ensemble, Samrah ,Nyanyian oleh Kumpulan Nasyid Rabbani, Al-Farabi Band dan Marhaban.
5.30-6.30ptg

Tempat: Berhadapan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________________________

21 Julai - 17 Ogos 2012
Pameran Kaligrafi, pertandingan tulisan Khat, bengkel kaligrafi dan bengkel kraf untuk kanak-kanak.
10pg-6ptg

Tempat: Muzium Kesenian Islam.

Pertandingan Cipta Lagu Raya terbuka kepada semua komposer warganegara Malaysia.
Radio Klasik Nasional

Pertandingan Cipta Lagu Nasyid
Radio Ikim.fm
_________________________________________________________________________________

4, 5 Ogos Jam 4-6ptg dan 11 Ogos Jam 8.30-10mlm
Peragaan Busana Islam

12 Ogos Jam 8.30-10mlm
Pertandingan Rekaan Busana Islam

Tempat: Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Sesiapa yang ada baca Utusan Malaysia mesti dah tau kan sebab aku pun dapat maklumat ni dari situ.

Sekian..terima kasih. Daa


Thursday, 2 August 2012

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Malaya

Bismillahirrahmanirrahim..

http://lokmanramli.blogspot.com/2012/07/segmen-lokman-saya-blogger-dari.html
Join SINI
Salam Ramadhan yang ke 13. Aku dapat tau segmen ni daripada rakan blogger Aini Che Din. Thanks dear for this info. Dah lame teringin nak join segmen macam ni tapi dah terlepas sebelum ni.hehehe. Nasib baik adik Lokman ni buat dan baik hati benarkan blogger yang dah masuk alam perkerjaan macam aku ni join. Tettt..kantoi sebenarnya bekas pelajar je ok. Last but not least..Selamat Berkenalan~

Sekian..terima kasih. Daa