Friday, 13 July 2012

Solat fardu wajib diqada atau diganti walaupun terlupa

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ada baca artikel ni kat Berita Harian dimana solat fardu tidak boleh dipandang ringan walau dalam keadaan penat sekalipun solat itu mesti ditunaikan. Tetapi ada masanya kita terlalu penat sehingga terlupa dan tertinggal untuk menunaikannya. Maka, setiap solat yang tertinggal itu wajib diqada dengan segera apabila teringat.

Apa yang menarik perhatian aku ialah mengenai persoalan bolehkah mengqada solat Subuh selepas habis waktunya sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat? Apa yang dimaksudkan itu ialah solat sunat tetapi untuk qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa saja. Selagi tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung.

Abu Hurairah meriwayatkan satu peristiwa, Rasulullah SAW ketika pulang menunggang unta dari peperangan Khaibar merasa mengantuk sangat sehingga Baginda bersabda:"Wahai Bilal kita telah ditimpa malam."Maka Bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya beliau manakala Baginda dan sahabat terus tidur. Apabila hampir fajar, Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga tewas dalam mengantuk. Tiada seorang daripada kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka tersa kepanasan matahari, Rasulullah adalah yang terawal bangun lalu Baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata:"Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jugalah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah." Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat, Rasulullah SAW berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami sahabat. Apabila selesai menunaikan solat, Baginda bersabda:"barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku." (Surah Tahaa, ayat 14)

p/s-pernah dengar subuh gajah?

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment