Tuesday, 31 July 2012

Fakta kulit pisang melegakan kegatalan

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahukah anda kulit pisang sangat berguna untuk melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk?Ye..aku baru terbaca kat Fakta Berita Harian. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal gigitan nyamuk kerana pisang mempunyai kandungan vitamin B-compex yang tinggi untuk membantu menenangkan sistem saraf. Wah..boleh gitu buat spa lulur kulit pisang. Selamat mencuba!

p/s- buah kegemaranku

Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 25 July 2012

Parenthood Expo 27-29th July 2012

Bismillahirrahmanirrahim..


Selamat berpuasa kepada yang berpuasa..harap sihat dan ceria-ceria hendaknya. Hujung minggu ni ada ekspo seperti di atas. Sesiapa yang free tu atau teringin nak pergi jangan lupa save your date ok. Sebelum tu kena daftar dulu samada di ekspo atau online e-magazine untuk dapatkan buku panduan dan tebus goody bag yang amat terhad tau. Daftar e-magazine di link www.modernmama.my (Bahasa Melayu) / www.trendymom.my (English) / www.modernmom.my (Mandarin). Buku panduan tu terdapat beberapa baucer atau diskaun untuk yang terawal jadi semak jangan tak semak setiap mukasurat ye. Jangan ketinggalan..

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 23 July 2012

Cosmoderm~Pertandingan Rebut Duit Raya 1 Julai - 5 Ogos

Bismillahirrahmanirrahim..


Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan..Baru 3hari puasa dah ada berita nak rebut duit raya kau..Jom jangan lepaskan peluang untuk sertai pertandingan ini. Semoga bertuah rezeki untuk Hari Raya nanti. Tapi macam kenal je Pn. Elya Shazleen ni..Personaliti Saffiya TV9 tu..teringat dia ajar timun buat sebagai penyegar. suka gak tapi belum cuba buat lg..hehe. K jangan lupa sertai pertandingan ini sekarang ye.

Sekian..terima kasih. Daa

Tuesday, 17 July 2012

Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets

Bismillahirrahmanirrahim..

SUNSILK Lively Clean & Fresh HIJABKU, GAYAKU membawa anda untuk mengundi gaya hijab kegemaran di SINI dan peluang cerah untuk memenangi hadiah menarik berupa Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets..yeah..Lagi banyak kongsi dengan rakan lagi cerah bersilau peluang anda untuk menang.

Pastikan anda ada akaun facebook untuk undi SINI dan jangan lupa like dulu fb Sunsilk Malaysia tu untuk mendaftar dan menyertai peraduan tersebut. Ada 2 fasa peraduan ok. Fasa 1 bermula 12 hingga 26 Julai ini, undi gaya hijab kegemaran, kongsi dan menangi bengkel seperti tajuk entri ni atau Fasa 2 bermula 6 hingga 31 Ogos dengan cubalah sendiri gayakan hijab mengikut tema mingguan. 10 penyertaan mingguan yang mendapat undian tertinggi akan dipilih dan penyertaan yang paling kreatif akan menang......RM1500 + bawa 4 rakan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets...wahh teruja..tak?? mungkin ada rakan-rakan atau adik-adik anda yang berminat jadi cepat beritahu mereka..selamba je kan..haha.

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 16 July 2012

Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira'

Bismillahirrahmanirrahim..

Join SINI
Kelebihan bulan ramadhan antaranya..


1)Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar yang berlaku pada bila-bila 10 malam terakhir Ramadhan.
2)Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.
3)Dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.
4)Sabda Nabi (s.a.w) :Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya.


Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 13 July 2012

Solat fardu wajib diqada atau diganti walaupun terlupa

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ada baca artikel ni kat Berita Harian dimana solat fardu tidak boleh dipandang ringan walau dalam keadaan penat sekalipun solat itu mesti ditunaikan. Tetapi ada masanya kita terlalu penat sehingga terlupa dan tertinggal untuk menunaikannya. Maka, setiap solat yang tertinggal itu wajib diqada dengan segera apabila teringat.

Apa yang menarik perhatian aku ialah mengenai persoalan bolehkah mengqada solat Subuh selepas habis waktunya sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat? Apa yang dimaksudkan itu ialah solat sunat tetapi untuk qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa saja. Selagi tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung.

Abu Hurairah meriwayatkan satu peristiwa, Rasulullah SAW ketika pulang menunggang unta dari peperangan Khaibar merasa mengantuk sangat sehingga Baginda bersabda:"Wahai Bilal kita telah ditimpa malam."Maka Bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya beliau manakala Baginda dan sahabat terus tidur. Apabila hampir fajar, Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga tewas dalam mengantuk. Tiada seorang daripada kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka tersa kepanasan matahari, Rasulullah adalah yang terawal bangun lalu Baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata:"Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jugalah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah." Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat, Rasulullah SAW berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami sahabat. Apabila selesai menunaikan solat, Baginda bersabda:"barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku." (Surah Tahaa, ayat 14)

p/s-pernah dengar subuh gajah?

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 5 July 2012

Rumahku Syurgaku

Bismillahirrahmanirrahim..

Sempena Hari Nisfu Syaaban harini..pasti ramai yang berpuasa sunat kan?Tidak ketinggalan juga ada yang bangun malam untuk berdoa kerana dikatakan sebagai malam pengampunan dan doa dimakbulkan seperti sumber dari wikipedia ini menyatakan..


      Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

      Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Haa..apa kena-mengena dengan tajuk entri tu..hehe..nak ceritalah ni..Alhamdulillah suamiku juga sempat teks kepada aku menyatakan "baru pagi tadi solat hajat minta rumah,hari ni dah dapat..cepat je Allah bagi..Alhamdulillah Amin Ya Allah" dan aku membalas "Alhamdulillah Amin.Harap dipermudahkan" 


Sekian..terima kasih. Daa

Tuesday, 3 July 2012

Promosi Penghabisan Stok Pureen

Bismillahirrahmanirrahim..


Satu acara yang dinanti-nantikan..Promosi Penghabisan Stok Pureen. Kepada sesiapa yang terlepas promosi bulan April sebelum ni bolehlah datang lagi untuk membeli-belah.

Tarikh  : 14 & 15 Julai 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa   : 10pagi - 6petang
Tempat:  Summit Company (M) Sdn Bhd
              Lot 6, Jalan 19/1 46300 Petaling Jaya, Selangor

Tapi diingatkan sila datang awal untuk mengelakkan dari terlepas stok barang yang cantik-cantik atau silap-silap dah tak ada size. Kempunan & kesian..macam aku.hehe

Sekian..terima kasih. Daa