Monday, 25 June 2012

Tips sihat: JUS ABQORI GENIUS

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa pernah dengar atau minum jus ni? Haa..yang dah minum tu baguslah, yang pernah dengar tu apa kata cuba minum..sedap..hehe dan yang belum pernah dengar tu..jom aku nak beritahu ni..

tadaa..nilah JUS ABQORI GENIUS..Minuman Sunnah Perangsang Minda & Tenaga Seisi Keluarga.

Adunan rumusan bahan amalan sunnah yang diperakui khasiat zaman berzaman..cewah tiru sebijik kat kertas iklan tu. Antaranya:

Kurma dan Kismis - mampu memberi tenaga kepada mental untuk berfikir dengan berkesan.

Habbatus Sauda - diadun mengikut nisbah bersesuaian untuk ketahanan tubuh terhadap serangan penyakit yang bertindak sebagai imunisasi semulajadi yang begitu tersohor seperti sabda Rasullullah SAW
"Tetaplah kamu berubat dengan Habatus Sauda kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali as-sam dan as-sam itu adalah mati"-hadis riwayat Bukhari.
Selain itu, ia digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk & asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit otot & sendi, rasa loya & muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang dan sebagainya.

Buah Delima - sejenis penawar kerana mengandungi anti-oksidan yang tinggi, baik untuk penyakit jantung, cepat tua & barah.

Air Zam-Zam - Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda " Air Zam-Zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan"


Madu - mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.


Za'faron/Saffron - membantu menyempurnakan proses penghadaman, mengurangkan keletihan, sembelit dan banyak lagi.


Buah Tin - sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.


InsyaAllah..kalau anda cuba pasti berpuas hati sebab ikut pengalaman aku,selepas beri sesudu sebelum makan pagi dan malam kepada anak..dia terus senang buang air besar sampai 3 kali sehari. Itu yang aku perasn selepas seminggu mengamalkan minum JUS ABQORI GENIUS.


Sekian..terima kasih. Daa


No comments:

Post a Comment