Tuesday, 5 June 2012

Kedai buku murah

Bismillahirrahmanirrahim..

BookXcess, read more for less..wahhh betul ke murah? Kenapa, tak percaya?? Jom tengok sini. Eh, betullah..harga daripada contoh buku RM38.90 boleh dapat kurang jadi RM9.90. Bagus kan. Kedai ni terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya dan boleh datang menaiki LRT Putra berhenti di Stesen Taman Jaya ok. Sebenarnya aku pun baru tahu daripada seorang rakan sekolah lama yang katanya nak beli buku murah di situ. Dia siap recommend aku datang beli buku kat situ. Tak sangka dia nak belikan buku untuk hadiah sempena ulangtahun hari lahir Darwish 3bulan lepas..hahaha terima kasih ye.


terima kasih kepada petugas poslaju atas penghantaran ini


a book for baby for every time of day & a book for mum

Seronoklah kan nak mandi pun boleh baca buku Bathtime:a plastic book to play with in the bath, nak tidur boleh baca buku Bedtime:a soft cloth book to cuddle at bedtime dan nak bermain ada buku Playtime:a board book for playtime...Warna menarik kan. Jom membaca kerana membaca amalan mulia.

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment