Monday, 25 June 2012

Tips sihat: JUS ABQORI GENIUS

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa pernah dengar atau minum jus ni? Haa..yang dah minum tu baguslah, yang pernah dengar tu apa kata cuba minum..sedap..hehe dan yang belum pernah dengar tu..jom aku nak beritahu ni..

tadaa..nilah JUS ABQORI GENIUS..Minuman Sunnah Perangsang Minda & Tenaga Seisi Keluarga.

Adunan rumusan bahan amalan sunnah yang diperakui khasiat zaman berzaman..cewah tiru sebijik kat kertas iklan tu. Antaranya:

Kurma dan Kismis - mampu memberi tenaga kepada mental untuk berfikir dengan berkesan.

Habbatus Sauda - diadun mengikut nisbah bersesuaian untuk ketahanan tubuh terhadap serangan penyakit yang bertindak sebagai imunisasi semulajadi yang begitu tersohor seperti sabda Rasullullah SAW
"Tetaplah kamu berubat dengan Habatus Sauda kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali as-sam dan as-sam itu adalah mati"-hadis riwayat Bukhari.
Selain itu, ia digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk & asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit otot & sendi, rasa loya & muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang dan sebagainya.

Buah Delima - sejenis penawar kerana mengandungi anti-oksidan yang tinggi, baik untuk penyakit jantung, cepat tua & barah.

Air Zam-Zam - Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda " Air Zam-Zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan"


Madu - mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.


Za'faron/Saffron - membantu menyempurnakan proses penghadaman, mengurangkan keletihan, sembelit dan banyak lagi.


Buah Tin - sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.


InsyaAllah..kalau anda cuba pasti berpuas hati sebab ikut pengalaman aku,selepas beri sesudu sebelum makan pagi dan malam kepada anak..dia terus senang buang air besar sampai 3 kali sehari. Itu yang aku perasn selepas seminggu mengamalkan minum JUS ABQORI GENIUS.


Sekian..terima kasih. Daa


Wednesday, 20 June 2012

Ulangtahun Perkahwinanku yang ke2

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..ikatan perkahwinan aku sudah mencecah ke 2 tahun. Aku berdoa agar kami diberkati Allah..amin. Jadi, kami adakan makan malam istimewa untuk meraikannya di KFC dan suami pilih kat Jalan Universiti, Seksyen 16 Petaling Jaya sebab 
  1. Boleh jumpe sekali kawan lama(Noraini:memang aku kenal & Khalid:baru aku kenal..peramah tau).
  2. Ini antara makanan yang menjadi kegemaran aku, dah lama tak makan. Lagipun ada KFC Flaming Crunch baru.."When Extreme Spice meets Extreme Crunch!" Bayangkan..hehe.
  3. Sesuai kalau anak kami Darwish ni nak bermain kat playground.
Aku imbas semula kenangan lalu..majlis kenduri kahwin kami yang sederhana sahaja tetapi meriah.








Ini antara hantaran pihak lelaki ..









dan ini antara hantaran pihak perempuan. Jam menunjukkan hampir pukul 9pagi dimana majlis akad nikah akan berlangsung beberapa minit lagi..dup dap dup dap 


Alhamdulillah..dengan sekali lafaz sah menjadi suami isteri..


Berarak ke rumah pengantin perempuan..siap kena bayar TOL dulu..



Orang silat pun nak salam kerok..



Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 18 June 2012

Terima Kasih Bapa

Bismillahirrahmanirrahim..

Sempena menghargai bapa-bapa di sekelilingku..wah,banyaknya bapa aku..mak aku kahwin banyak ke?amboi,amboi,amboi...jangan silap tafsir ok. Sila selidik dulu siapa mereka itu..jeng,jeng,jeng......

 semestinya dan tidak asing lagi..bapaku Hj. Talib

 bapa mentuaku En. Abd. Rahman..

dan bapa kepada anakku..En. Amir Hafizi

"AKU SAYANG KAMU...SEMOGA KAMU DIBERKATI ALLAH.AMIN"

p/s- Hormatilah bapa anda..peace no war

Friday, 15 June 2012

Jom mengaji Al-Quran mudah dengan Teknik Al-Baghdadi

Bismillahirrahmanirrahim..

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin belajar Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi kini boleh datang mendaftar di No.11-3, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, di sini.

Sudah..sudah..ini bukan siaran berita ok..hehe. Maaf, tadi tu saje berangan jadi pembaca berita..kadang-kadang tu ada juga macam nak jadi pengacara. Wah, ada hati konon..padahal pemalu tahi kucing. Sebenarnya nak beritahu, pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi kini sudah dibuka di lokasi tersebut. Tekniknya mudah sebab Sistematik, Inovatif dan Berkesan. Kelab Al-Baghdadi (Dewasa) setiap Selasa 8.00mlm-10.00mlm. Kelas untuk kanak-kanak pun ada..Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Ramli/ALC Pantai Dalam & Kerinchi 019-313 9574/012-353 4089.






Sekian..terima kasih. Daa.

Thursday, 7 June 2012

Untuk aku

Bismillahirrahmanirrahim..


itu yang bukan segalanya..

Sekian..terima kasih. Daa

Tuesday, 5 June 2012

Kedai buku murah

Bismillahirrahmanirrahim..

BookXcess, read more for less..wahhh betul ke murah? Kenapa, tak percaya?? Jom tengok sini. Eh, betullah..harga daripada contoh buku RM38.90 boleh dapat kurang jadi RM9.90. Bagus kan. Kedai ni terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya dan boleh datang menaiki LRT Putra berhenti di Stesen Taman Jaya ok. Sebenarnya aku pun baru tahu daripada seorang rakan sekolah lama yang katanya nak beli buku murah di situ. Dia siap recommend aku datang beli buku kat situ. Tak sangka dia nak belikan buku untuk hadiah sempena ulangtahun hari lahir Darwish 3bulan lepas..hahaha terima kasih ye.


terima kasih kepada petugas poslaju atas penghantaran ini


a book for baby for every time of day & a book for mum

Seronoklah kan nak mandi pun boleh baca buku Bathtime:a plastic book to play with in the bath, nak tidur boleh baca buku Bedtime:a soft cloth book to cuddle at bedtime dan nak bermain ada buku Playtime:a board book for playtime...Warna menarik kan. Jom membaca kerana membaca amalan mulia.

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 1 June 2012

Azya' Bazaar, 2hb & 3hb Jun 2012

Bismillahirrahmanirrahim..


Bazaar ni akan menghimpunkan jenama-jenama dari kedai online dan butik muslimah terutama KOLEKSI HIJAB. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berjumpa sendiri pemilik kedai online disamping dapat melihat  dan mencuba secara nyata barang yang selama ini kita pernah beli di pasaran maya ok.

Sekian..terima kasih. Daa