Thursday, 24 May 2012

Hutan Lipur Lentang, Pahang

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap kali balik kampung kelahiran suami di Jerantut dari Kuala Lumpur mesti teringin nak singgah hutan lipur ni. Maklumlah masuk percuma.. boleh mandi air terjun.. udara pun nyaman dan sejuk. Bagi sesiapa yang sukakan kehijauan macam aku ni bolehlah singgah jika melalui lebuhraya karak ye. Betul2 tepi lebuhraya. Selalunya memang tak sempat nak singgah sebab hujanlah..balik malamlah..terlepas simpang masuklah..gara-gara encik suami yang tercinta ni nak cepat sampai kampung kesayangannya tu..betul tak?ngaku je lah..hehe. Maka, kali ni rangcang betul2 nak singgah mandi-manda dan kenalah bertolak pagi ok..Ni kira pertama kalilah Darwish mandi air terjun..tengoklah reaksi dia sejuk tak sejuk air tu..


Kalau mandi kat belakang tu air dalam sikit. Tak sesuai untuk kanak-kanak. Kat depan ni air cuma paras lutut Darwish je..


Amek kau..tahan jelah sejukk..



Masuk ke dalam lagi boleh nampak air terjun ni..



Jambatan gantung pun ada..

Sekian..terima kasih. Daa

No comments:

Post a Comment