Wednesday, 16 May 2012

Hari ni hari apa?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni hari apa ek?? Hari ni Hari Rabu lah..itu pun tak tahu ke..Yelah betul..tapi selain tu hari apa??? Ooo Hari Guru lah..Selamat Hari Guru, cikgu khas untuk mereka yang telah mengajar aku terutama sekali semasa di SK Bindu, SMKTP dan SMSJ. Tidak lupa juga yang secara langsung atau tidak langsung sebab tiba2 aku teringat zaman Tok yang ajar aku mengaji dulu..best wo ngaji di rumah Tok suasana kampung. Bila musim buah je..lepas ngaji dapat makan buah rambutan ke langsat ke sambil bermain-main di laman rumah (tu masa kecik ok).

Tu satu, ucapan dulu..(ececeh macam artis pulak ek). Yang kedua ni, zaman sekolah dulu aku beri cikgu hadiah sebuku sabun mandi sebab ia murah (berapa sen je kot), cepat (balut sampul sekeliling dan lekat dengan gam) dan wangi (macam minyak wangi).Haah..sabun mandi?apa class..Hek eleh,kau ada?..Haip jangan gaduh2 ok..yang penting ikhlas... Jadi sesiapa yang ada idea kreatif tu siap ukir bunga dan sebagainya di atas permukaan sabun tu.

Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang. Halalkan segalanya
Sekian..terima kasih. Daa


No comments:

Post a Comment