Wednesday, 30 May 2012

Agrotechnology Park MARDI Cameron Highlands

Bismillahirramanirrahim..

Perjalanan pergi ke Cameron Highlands ni kami ikut melalui negeri perak. Jalan masuk ke lebuhraya dari Kuala Lumpur memang terus je tapi.........jalan menaiki ke Cameron memang perlu ceritalah sebab jalan macam ulau melingkau atas pagau bak kata orang Melaka. Yela..macam mana ular melingkar atas pagar macam tulah jalannya yang berliku-liku, jalan agak sempit dan rosak, tepi gaung..cuak gua. Sesiapa yang jenis mabuk jalan bersiap sedialah hampir nak muntah dibuatnya..macam aku tapi belum muntah lagi ok sebab aku makan asam kering untuk hilangkan rasa loya tu. Ataupun minum air buah yang masam-masam sikit macam oren (yang aku terlupa nak sediakan sebab tak terfikir pulak jalan pening sampai macam tu..jalan pening ke aku yang pening?mm what  ever..). Alhamdulillah sampai sana dah ok dah boleh beronok-ronok sebab apa..kalau satu jadi seronok..kalau dua jadi dua ronok..kalau banyak jadilah beronok-ronok..tak gitu..ish apa yang merepek aku ni..hehe. Semua pakat lapar cari kedai makan mana tidaknya dah waktu makan tengahari. Selepas itu, barulah bertenaga nak berjalan-jalan..tengok apa yang ada kat sini..

semestinya ladang teh..terbaik dari ladang cewah

strawberry..besar punya..

arnab yang comel..abaikan baju oren tu jika dia lebih comel..

pemandangan dan suasana yang indah

tak dapat bermalam..singgah pun jadilah

gambar kenangan sebelum balik

yang kelakarnya..lepas ambil gambar baru perasan salah seorang  dah terduduk atas tahi burung..hehe
Kami sempat singgah pasar malam di kawasan berhampiran dan balik melalui negeri pahang sebab keadaan jalannya baik.

Sekian..terima kasih. Daa

1 comment:

  1. hi salam kenal.. bestnya g cameron ;).. sudi2 la lawat blog sy ek tengok bunga2 comel.. hehe.. tq..

    ReplyDelete