Wednesday, 30 May 2012

Agrotechnology Park MARDI Cameron Highlands

Bismillahirramanirrahim..

Perjalanan pergi ke Cameron Highlands ni kami ikut melalui negeri perak. Jalan masuk ke lebuhraya dari Kuala Lumpur memang terus je tapi.........jalan menaiki ke Cameron memang perlu ceritalah sebab jalan macam ulau melingkau atas pagau bak kata orang Melaka. Yela..macam mana ular melingkar atas pagar macam tulah jalannya yang berliku-liku, jalan agak sempit dan rosak, tepi gaung..cuak gua. Sesiapa yang jenis mabuk jalan bersiap sedialah hampir nak muntah dibuatnya..macam aku tapi belum muntah lagi ok sebab aku makan asam kering untuk hilangkan rasa loya tu. Ataupun minum air buah yang masam-masam sikit macam oren (yang aku terlupa nak sediakan sebab tak terfikir pulak jalan pening sampai macam tu..jalan pening ke aku yang pening?mm what  ever..). Alhamdulillah sampai sana dah ok dah boleh beronok-ronok sebab apa..kalau satu jadi seronok..kalau dua jadi dua ronok..kalau banyak jadilah beronok-ronok..tak gitu..ish apa yang merepek aku ni..hehe. Semua pakat lapar cari kedai makan mana tidaknya dah waktu makan tengahari. Selepas itu, barulah bertenaga nak berjalan-jalan..tengok apa yang ada kat sini..

semestinya ladang teh..terbaik dari ladang cewah

strawberry..besar punya..

arnab yang comel..abaikan baju oren tu jika dia lebih comel..

pemandangan dan suasana yang indah

tak dapat bermalam..singgah pun jadilah

gambar kenangan sebelum balik

yang kelakarnya..lepas ambil gambar baru perasan salah seorang  dah terduduk atas tahi burung..hehe
Kami sempat singgah pasar malam di kawasan berhampiran dan balik melalui negeri pahang sebab keadaan jalannya baik.

Sekian..terima kasih. Daa

Tuesday, 29 May 2012

Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali kedua aku datang menginap hujung minggu di Avillion Admiral Cove ni memang seronok sebab kali pertama tu aku pergi masa tengah mengandung jadi aktiviti terbatas..hehe. Sebenarnya pergi tu pun tidak dirancang. Apa kata tak payah cerita banyak..jom tengok gambar ok.








Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 25 May 2012

Masjid Putra, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim..

Gambar ini diambil sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang lepas. Ia telah diadakan di Masjid Putra dan diramikan oleh........


"Saya, sukacitanya merasmikan majlis ini"...konon..


Ok, ayah pun nak jugak..



Dengan ayah lagi..umi mana?(bosan hisap jari jap)

Amboi3..pepandai je aku reka cerita..sebenarnya Darwish suka sangat bila masuk masjid ni. Masjid ni kan luas dan cantik, dia dah pandai merangkak jadi seronoklah bila lepas dapat gerak ke sana sini..

Sekian..terima kasih. Daa

Thursday, 24 May 2012

Hutan Lipur Lentang, Pahang

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap kali balik kampung kelahiran suami di Jerantut dari Kuala Lumpur mesti teringin nak singgah hutan lipur ni. Maklumlah masuk percuma.. boleh mandi air terjun.. udara pun nyaman dan sejuk. Bagi sesiapa yang sukakan kehijauan macam aku ni bolehlah singgah jika melalui lebuhraya karak ye. Betul2 tepi lebuhraya. Selalunya memang tak sempat nak singgah sebab hujanlah..balik malamlah..terlepas simpang masuklah..gara-gara encik suami yang tercinta ni nak cepat sampai kampung kesayangannya tu..betul tak?ngaku je lah..hehe. Maka, kali ni rangcang betul2 nak singgah mandi-manda dan kenalah bertolak pagi ok..Ni kira pertama kalilah Darwish mandi air terjun..tengoklah reaksi dia sejuk tak sejuk air tu..


Kalau mandi kat belakang tu air dalam sikit. Tak sesuai untuk kanak-kanak. Kat depan ni air cuma paras lutut Darwish je..


Amek kau..tahan jelah sejukk..



Masuk ke dalam lagi boleh nampak air terjun ni..



Jambatan gantung pun ada..

Sekian..terima kasih. Daa

Monday, 21 May 2012

Bulan Rejab

Bismillahirrahmanirrahim..

sumber dari FB Ustaz Zamri. Thanks Ustaz..

Esok sudah 1 Rejab 1433 Hijrah..lebih kurang 2 bulan lagi kita yang beragama Islam akan menunaikan ibadah puasa bulan Ramadhan. Nampaknya..aku kena habiskan ganti puasa ni..Hah kamu..kamu dan kamu jangan lupa ganti puasa jugak ok.

Sekian..terima kasih. Daa

Friday, 18 May 2012

Doa Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim..



Selalu ingat pesan abah.."Jangan bangun tidur sampai nak tiba waktu tengahari nanti rezeki tak masuk". Patutlah abah pesan macam tu rupanya nak ingatkan anak-anak supaya dapat buat Solat Sunat Dhuha yang mana waktunya hanya pagi anggaran 8-11pagi. Sila semak untuk panduan semua:


Sekian..terima kasih. Daa

Wednesday, 16 May 2012

Hari ni hari apa?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni hari apa ek?? Hari ni Hari Rabu lah..itu pun tak tahu ke..Yelah betul..tapi selain tu hari apa??? Ooo Hari Guru lah..Selamat Hari Guru, cikgu khas untuk mereka yang telah mengajar aku terutama sekali semasa di SK Bindu, SMKTP dan SMSJ. Tidak lupa juga yang secara langsung atau tidak langsung sebab tiba2 aku teringat zaman Tok yang ajar aku mengaji dulu..best wo ngaji di rumah Tok suasana kampung. Bila musim buah je..lepas ngaji dapat makan buah rambutan ke langsat ke sambil bermain-main di laman rumah (tu masa kecik ok).

Tu satu, ucapan dulu..(ececeh macam artis pulak ek). Yang kedua ni, zaman sekolah dulu aku beri cikgu hadiah sebuku sabun mandi sebab ia murah (berapa sen je kot), cepat (balut sampul sekeliling dan lekat dengan gam) dan wangi (macam minyak wangi).Haah..sabun mandi?apa class..Hek eleh,kau ada?..Haip jangan gaduh2 ok..yang penting ikhlas... Jadi sesiapa yang ada idea kreatif tu siap ukir bunga dan sebagainya di atas permukaan sabun tu.

Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang. Halalkan segalanya
Sekian..terima kasih. Daa


Friday, 11 May 2012

Hadis gesaan berdoa selepas solat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sempena hari ni Hari Jumaat Penghulu Segala Hari, hadis ini adalah untuk renungan dan amalan bersama.

ERTINYA: Daripada Muaz bin Jabal ra. beliau berkata: Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata "Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau". Muaz berkata "Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah". Maka Rasulullah berkata "Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selepas solat untuk mengatakan Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadat dengan baik kepadaMu."(riwayat Abu Daud dan al-Nasa'i)

Artikel Khamis 10.05.12  Utusan Malaysia : mega AGAMA petikan daripada buku 300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Reda Allah terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

 Umi: " Ingat dan amalkan tau  "                                                                                              
                                   

                           




                   

        Darwish: " Mm..baiklah Umi "


Sekian..terima kasih. Daa


Monday, 7 May 2012

Buku Biodata

Ada apa dengan buku biodata? Ok, kepada sesiapa yang dah tengok entri sebelum ni..video MY GENERASI oleh JinnyboyTV memang buat aku teruja lagi2 babak masa nak tulis kat dalam buku biodata tu. Nama, tarikh lahir, zodiak, ucapan dan apa2 ajelah sebagainya yang kamu nak tulis dalam buku tu. Sebabnya.. video tu membuatkan aku teringat satu buku biodata yang masihku simpan sampai sekarang. Masa tu nak dekat peperiksaan penting tahun 2000 untuk aku. Bagi aku buku tu penting untuk kita lebih mengenali rakan2 sekelas mahupun rakan sebaya (atau rakan sebilik dsb), sebagai pendorong semangat (selain keluarga) dan semestinya sebagai simpanan peribadi.

Bila tengok semula buku tu..buat aku tersenyum sorang2.hehe..Jom tengok jangan malu2..




Sekian..terima kasih. Daa

p/s: Zurina tu salah satu nama yang digunakan dalam satu permainan macam 'secret friend' (ala-ala 'secret admirer' gitu) ok.