Wednesday, 16 November 2016

Kelantan

Bismillah

Sebelum tahun 2016 berakhir,baik aku update satu entri.Nak jugak..haha.Aku tak pernah pergi ke Kelantan.Jadi,husband rancang cuti Aidiladha pergi jalan sana.Dengar khabar jem kalo time2 gitu.Memang pun.Tapi kami pergi masa raya ketiga.Bolehla..tak jem sangat.Stay tiga hari dua malam kat Hotel Perdana,Kota Bharu..terbaik sebab selesa.Tempah bilik double bed RM265/per night.Ni harga lepas discount.Secara ringkas,aku hanya cuci mata je jalan2 di Kelantan.Ceritanya..

Hari pertama da check in lambat dekat pukul 5ptg kalo tak silap.Malam g jalan ke Wakaf Che Yeh.Harga toto RM50 bleh kurang lg.checked.

Hari kedua pagi ke Rantau Panjang.Harga toto RM43 bleh kurang lg kot.checked.

Hari ketiga lepas check out ke Pantai Cahaya Bulan.Harga sotong celup tepung RM20 seekor.Amboi.

Ok daa tata.tetiba tamat.haha

Monday, 23 February 2015

Happy 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah awal tahun ni aku sangatlah happy sebab berjaya latih Darwish minum air tanpa menggunakan botol susu dan ajar dia tak pakai pampers. Tak dinafikan bukan mudah rupanya cuma DOA bebanyak semoga dipermudahkan. Itupun aku ambil masa within 1month kalau tak silap.

Ada juga aku tanya pendapat ibu2 yang dah berpengalaman dalam bab ni. Kawan aku yang anaknya belum umur 3tahun dah berjaya tanpa pampers. Tabik spring lah aku kat dia. Mungkin aku ni manjakan sangat anak.huhuhehe

Wednesday, 13 August 2014

Marah tanda sayang?

Bismillahirrahmanirrahim..

Kisah 1
Si suami marah si isteri sebab tinggal dalam kereta sorang2 tapi tak lock sementara tunggu suami beli barang sekejap kat kedai. Ayat pedas suami buat isteri sentap tapi paham sebab memang salah sendiri. Suami tanya "kenapa tak lock kereta kalo kena culik macam mana?I tak kisah kalo u kena culik tak jumpa2 i boleh cari lain..berapa kali nak pesan kereta kena lock". Dalam hati isteri walaupun ayat tersurat 'boleh cari lain' tapi ayat tersirat maknanya 'suami tu sayang dan taknak kehilangan ok'

Kisah 2
Si isteri pulak marah si suami tadi sebab merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Bila nampak suami start cari rokok, dia pun tanya "u hisap rokok lagi..kalo sakit macam mana..i tak kisah kalo u sakit2 i boleh cari lain..berapa kali nak pesan jangan merokok" Si isteri mengenakan si suami pulak.hehe.Itu marah tandanya sayang. :P